CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 16 October 2013

Blueberry cheese cake ~my trial version~

AWAS! Ni akibat keterujaan untuk utk menikmati hasil tangan sendiri, x sempat nk biar lama dalam peti ais. Jadi, base jadi kucar-kacir, heheh. pastu coxda biar sampai esok dlm peti ais dan base biskut jadi mampat dan padat elok


Assalamualaikum wbt,
Rasanya masih belum terlambat lagi untuk coxda ucapkan Salam Eid Adha untuk semua muslimin muslimat yang merayakannya. Sudah masuk tahun kedua coxda dan suami 'berkorban' untuk beraya di perantauan tanpa kaum keluarga dan sahabat handai di sisi. Mood sedih pulak pepagi ni..sooobs

Walaubagaimanapun raya kami tetap meriah dengan rakan taulan di sini yang turut sama berkorban beraya di perantauan, hehehe. Suasana sama seperti di Malaysia, meriah dengan hidangan dan kunjungan rakan-rakan, hidangan memang tidak sesempurna dan sehebat di tanah air namun ia cukup mengembirakan hati buat kami insan2 yang berada di kejauhan ini.

Resepi kali ni adalah...cheese cakee! bukan main lama peram nak buatt..cheese cake ni kategori sederhana kekejuannya (apaa bahasaaa nih). Ada lagi jenis cheese cake yang terlalu cheezy dan cheezy sikit. Kadang2 sedap jugak kan makan cheese cake yang x terlalu cheezy, takut muak je kan. Nak resepi cheese cake yang pelbagai kategori ni sila go thru blog emiliaputeri yer..

Cheese cake di atas tu sebenarnya bukanlah menu coxda time raya, heheh. Sebenranya dah buat minggu lepas lagi, sampai hari ini baru berkesempatan untuk upload. That was may first trial, how did the taste?? ok laaa kan..at least terlerai rindu nk makan cheesecake secretrecipe,,wooo. tapi pasni nk buat cheese cake yang comel2 lagi. My dream..


Resepi asal : Emiliaputeri

BAHAN-BAHAN

DASAR KEK:
200 gm biskut oreo (coxda guna digest biscuit, klu oreo buang cream k)
50gm mentega cair

BAHAN KEK:
500gm krim keju
110gm gula kastor
1/2ts esen vanilla
2 biji telur
150ml whipping cream
1ts lemon juice
Blueberry filling secukupnya


CARA-CARA

Dasar kek:

1. Masukkan oreo ke dalam acuan springform
2. Cairkan mentega dan tuang ke dalam acuan. Gaul rata, tekan dan padat2kan.
3. Bakar (15min + 160 celcius), angkat dan ketepikan

Bahan Kek:

1. Cream cheese + gula dipukul sebati
2. Esen vanilla + telur (satu persatu), diikuti whipping cream+jus lemon, putar lagi hingga sebati
3. Masukkan adunan dalam springform, dan hias permukaan dengan blueberry (letak seperti dalam gambar untuk elakkan kek bertukar jadi biru)
4. Bakar (150celcius secara water bath, 45-50 minit)
5. Tutup suis oven, dan regangkan sedikit pintu, biar kek di dalam oven selama lebih kurang satu jam


**Longgarkan kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan or kalau x confident tutup dengan plastik wrap dan terus masuk dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. 
Dah siappp..potong comel2, ambil gambar dulu, hehehhe. apa lagi..kite ngappp!!
Last but not least, tq shoooo much to blogger emiliaputeri, guys check it out her blog k, sebab ada gambar step by step buat kek ni, sangatlahhh rajin..thumbs up!

Letak gambar besor gajah ni macam lah cunnn sgt..hahah

Wednesday, 2 October 2013

Muffin Nangka @ Jackfrruit muffins

muffin ni kalau makan panas2 pon sedappp..nak2 aroma nangka nya memang kelesss!

Dah lama rasanya coxda x makan muffin nih..tokak pon mula lah mengada2 nak makan resepi muffin lain dari yang lain. Cari punya cari resepi kt internet dapat lah resepi muffin nangka kat page mat gebu. Kebetulan stok nangka dalam tin pun ada x terusik kat dapur nih, maka dapatla muffin nangka lain dari yang lain ni kunun..hehehe

Resepi muffin ni sama seperti muffin vanilla je, just tambah buah nangka dan esen nangka je untuk aroma yang lebih bangkit. Tapi coxda xde essen nangka, tapi buah nangka sendiri menghasilkan aroma yang kuat kan..so x letak pun xpe..sesekali menderhaka dimaafkan ;)

Resepi asal : Mat Gebu

BAHAN-BAHAN

100g mentega
2  biji telur
70g gula halus
175g tepung gandum*
10g baking powder* (disatukan dan diayak)
80ml susu segar
100g nangka masak (didadu)
1/4 camca teh esen nangka (optional)


CARA CARA

1. Panaskan oven pada suhu 175c, alaskan loyang muffin dengan muffin cup yang sesuai, jenis keras pun ok

2. Mentega dan gula diputar hingga putih, kemudian masukkan telur dan putar sehingga berkrim. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung selang seli dengan susu segar. Kacau rata

3. Akhir sekali masukkan esen nangka (sekiranya ada) dan nangka yang dipotong dadu tadi. Gaul rata dengan spatula. Isikan 3/4 penuh dalam cup yang disediakan.

4. Bakar lebih kurang 25 minit hingga keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan atau disimpan ke dalam bekas kedap udara.


Gambar lain x cung..hehehe..malas nak tempel dari orang rasa nk try buat tengok gambar langsung x jadi nnt nih..kehkehkeh.Tapi ketahuilah teksturnya amatlah gebuuuu..ambil pon dari page mat gebu kenn.. :)
tapi awassssss!! makan byk2 beranginnnnnn..hahah

Selamat mencuba semua :)






Wednesday, 4 September 2013

Spagetti Oglio Olioliooooo ler sgt.. ;)



Assalamualaikum wbt pembaca budiman sekalian (kalau ada yg baca..hehe)
Dah sebulan lebih rasanya coxda x mengetuk papan keyboard nih, mmg la ketuk tiap hari tp buat writing untuk benda lain, utk blog ni bencintaaaa skit sbb nk kena pilih gambar2 dr hp yg berpuluh ribu gambo, sbb setiap kali masak mmg ambil gambar punyo, hahah. Ramai rasanya yang mengalami situasi spt ni capture kemain byk bab nak pilih kemain malassss rasa kan....??

Resepi spaghetti ni x igt dah bila coxda buat..hasil dr pembacaan dan tgok rancangan masak omputehh kt sini maka terhasillah, kebanyakan resepi yang priorly italian ni akan letak anchovy (bilis jeruk) tp coxda x letak pon, n letak seafood especially kupang..tp coxda guna sutun n udang sbb tu je yg ad dlm stok kiah.. ;)



BAHAN-BAHAN

Spaghetti
6-7 ulas bawang puteh (dicincang halus)
Seafood (Udang, sotong, kupang etc yg sesuai dgn tekak uolssss)
Bawang besar holland (potong dadu)
Serbuk lada hitam n lada sulah
Sedikit serbuk cili @ chilli flakes (gunting cili kering serong2 pon bolehhh)
Mix italian herbs (coxda letak bagi lagi ummp!)
Kiub ayam (x perlu letak garam dah)
Olive oil 
3-4 biji buah zaitun (belah dua)
1 biji capsicum
Cendawan butang

CARA-CARA

1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan
2. Panaskan olive oil dan masukkan bawang holland hingga layu, kemudian baru masukkan bawang putih untuk elakkan bawang putih terlalu garing
3. Masukkan seafood dan kacau (x perlu lama)
4. Kemudian, masukkan spaghetti dan bahan2 lain (termasuk capsicum dan cendawan butang)
5. Kacau rata dan RASAAAA..add on mana2 bahan yang rasa kurenggg d tokak yaa..nk pedas tambah chilli flakes or lada hitam k. 
6. Siapp!! Makan panas2 aduiduiiii terangkat koli!



Nampak too oily..tp xpe sbb coxda guna olive oil. Mmg berkhasiat amalkan olive oil dlm sebarang masakan sbnrnya. Sebab di sini murah makaa mmg coxda guna smpai lebam, heheh


Wednesday, 24 July 2013

Mee Bandung ala2 Muor


Ini antara resepi yang coxda buat lastweek, x sempat nak upload masuk blog yg ala2 nak bersawang ni, hahah. Ni namanya resepi Mee Bandung ala2 Muor, bukan priorly Muor lah kot rasa sbb yg buat ni pon bukan org Muor kenn... Tapi bahan2 asas mee bandung ni mmg ada. Bagi coxda resepi aneka jenis mee ni antara yang senang dibuat, mana taknya main campak je semua dalam periuk, lepas tu seimbangkan rasa manis masin pedas skit2. Penulis dalam blog ni ada bagi tip penting:  Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
 Haa kena ingat tu.. ;) Apa-apa pun terima kasih x terhingga kepada tuan punya blog, kalau ikut step2nya memang shedappppp! terasa kemuorannya, Cuba yer!


Resepi asal : Asap Dapur

BAHAN-BAHAN

1 kg mee kuning10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
½ cawan udang hidup1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individualpreference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


CARA-CARA

1.    Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2.    Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3.    Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4.    Masukkan sos tiram
5.    Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6.    Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat




Tip: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan)

1.    Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2.    Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3.    Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4.    Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5.    Hidangkan.



Cucur Kembong @ Bantal


Haa..saja coxda letak gambo sebesor2 alam resepi cox kembung @cox bantal nih, sesiapa yang view boleh tengok tekstur cucux nih..x berapa kembung tapi gebusssss..hahah.

Di sebelah utara kami panggil cucux nih cucur kembung, di bahagian lain ada jugak panggil cucur bantal, dan ada jugak org utara panggil ni cucur pak tongko, kelakor pun ada nama nih..tp nyata bahan2 membuatnya adalah sama. Biasanya dimakan dengan kuah kacang, jadi rajin2kanlah membuat kuah kacang kalau nak makan dengan cucux nih, tapi ada jugak yang suka cecah dengan kauh kari, dalca dan menu berkuah lain. Yelah, cucux ni pun rasanya plain2 mcm roti sesuai sangat di cecah dengan menu yang berkuah.

Mak di kampung memang biasa buat cucux ni untuk breakfast especially time kami adik beradik berkumpul balik bercuti, makan cucux nih ramai2 mmg lajulah suapan, sampai x cukup, padahal mak dah double kan adunan. Paling hantu cucux ni abang chik coxda. kalau cucux ni setiap hari pun laju dia mengadap. Kadang2 coxda suka makan dengan susu pekat manis, nak2 time cucux ni masih panas2, huhhhh memang terangkatlahh. 

Nak rasa?? kalau nak rasa memang kene try buat lah, hehe. Time puasa ni kalau xmau makan nasi, berkehendakkan menu kuih yang mengenyangkan bolehlah cuba buat kuih ni. Sangatlah sedap dimakan ketika panas2, omakaihhh..

Untuk resepi kuah kacang, coxda cari yang paling simple nak buat. Sbb nak buat yang sedap skit malehh la plakk, huhuu. Gugel yaa ;)

Resepi asal : Permata Hati

BAHAN-BAHAN

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis kering
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil garam
1 biji telur
1/4 cawan (utk menguli)

CARA-CARA

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas
2. Uli adunan sehingga licin dan simpan doh selama 1/2 jam
3. Canaikan dan potong mengikut kesesuaian.
4. Goreng dengan api sederhana besar.



Rupa paras doh yang di canai dan potong sesuka hati

Sedang rileks berendam dalam minyak panas, hehe

Tadaaa..hasilnya. Lihat tekstur dalam kuih. Lembut bukan??


Sedia utk dimakan..aumm!



Thursday, 18 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan di bumi asing

Salam Ramadhan untuk semua muslimin muslimat seantero dunia. Sedar x sedar dah tahun kedua coxda n suami berpuasa di muka bumi Netherland ni. Alhamdulillah..walaupun puasa di sini agak panjang iaitu lebih kurang 19 jam namun syukur berjaya kami harungi. Mengimbas kenangan puasa kali pertama di sini tahun lepas, rasa panas n keringnya tekak aduyaiii hanya Allah yang tahu terutamanya di hujung2 Ramadhan. 

Alhamdulillah tahun ini suhu di hari pertama tidak terlalu panas malah berangin pula. Berkat Ramadhan agaknya. Seminggu sebelum puasa suhu sekitar memang amat2 panas dgn matahari tegak atas kepala, kira-kira 24-25 celcius. Org Msia tgok suhu bwh 30 ni gelak agaknya, ikutkan di Msia suhu bwh 30 celcius dah sejukkan..tp di sini sangat2 berbeza. Panas membahang dan tiada angin, tahun lepas puasa hari pertama mmg panas ekstrim dan tida angin, bygkn lahhh..mmg Allah nak duga kami di sini.

Sebenarnya ada sedikit kekeliruan kami di Nederland ni untuk menentukan tarikh hari pertama puasa samada jatuh pada hari Selasa atau Rabu. Huuuhuu....kalau puasa hari Selasa samalah seperti tahun lepas, kami di sini puasa sehari awal dari Msia. Pihak kedutaan pun ada mengumumkan puasa jatuh pada hari Selasa. Maka kami Msian confident lah puasa esoknya.

Biasanya di Nederland, untuk menentukan hari pertama Ramadhan mereka akan melihat negeri2 berdekatan samada Perancis atau Jerman yang mana komuniti Islam lebih ramai dan terdapat jawatankuasa bertindak untuk menentukan tarikh mula bpuasa. Kawan suami maklumkan komuniti Islam di Perancis katanya puasa pada hari Selasa, jadi coxda n suami dan rakan2 Msian lain dengan penuh kompiden akan bpuasa pada keesokan harinya. Tetiba ada rakan kami lain ckp masjid Morokko di sini announce puasa bermula Rabu sbb mereka ikut Arab Saudi..sudahhh..konflik jadi kami semua. Masjid Turki cakap pulak puasa hari Selasa. Di UK puasa hari Rabu sama spt d Msia. Hehehe. Aduuuuuyai. Lain masjid lain hari puasanya..ish2. Kawan cik somie dari Iran lagi blurrr..katanya ikut Iran puasa hari Khamis. Adeh!

Ada kawan hantar message kpd sorg pakcik Moroc ni tnya bila puasa dia kata mula hari Rabu. Makanya kami Msian sini bersepakat puasa hari Rabu, sementalahan pula kami di sini agak dekat dan rapat dengan org2 Morocco yang biasa akan refer pada Arab Saudi. Dipendekkan cerita kami Msian pun puasa bermula Rabu sama seperti di Msia cuma kami puasa 19 jam shj, heheh, bayangkan jam 12 tgh mlm lebih kurang baru kami boleh decide puasa hari Rabu. Lauk pauk yang sudah masak untuk juadah sahur terpaksalah postpon sarapan pagi esoknya (al maklum puasa hari pertama bukan main semangat masak pelbagai juadah sahur), agak geli hati jugak bila pikir situasi kami, atee udah macam nk tgok anak bulan raya, heheh. Apa nak buek..

Inilah antara pengalaman2 hidup di negara asing yang coxda rasa betapa bertuahnya kita lahir dan tinggal di negara Islam, semua ibadah dan peraturan adalah disepakati oleh badan bertanggungjawab. Semuanya tersusun cantik dan siap ada penyimpan mohor besarrr lagi buat pengumuman lagi di kaca televisyen. Nah..nyata antara nikmat dan hikmat yang wajib kita semua syukuri khususnya Malaysian Muslims tentang keberadaan kita sebagai umat Islam yang tinggal di negara Islam yang aman makmur. Alhamdulillah. Duduk di negara org ni juga, lagi jelas..ini negara kapirrrr (enshek somie selalu ckp cmni) mmg beginilah situasinya, ibadah rukun itu wajibbb walau dengan apa cara dan walau berada di kordinat dunia mana sekalipun, walaubagaimanapun kita ada rukhsah, yakni sekiranya x boleh beribadah secara lazim..kita ada alternatif2 atau pendekatan2 lain yang selari dengan kehendak Al Quran dan Sunnah. Contohnya ibadah puasa inilah, xde jawatankuasa yang tengok anak bulan mereka refer pada negara jiran. Begitulah keadaannya..namun bagi coxda isu yang paling besar adalah puasa atau xnak puasa sajahhh..duduk di hemisfira yang siangnya 2 ke 3 jam shj pun tp kalau xde niat nak puasa mmg semuanya terasa berat dan sukar kan???Time tu mmg kena Tepuk dada tanya iman..

Thursday, 23 May 2013

My own Yee Mee ;)




Yee Mee non hot plate my own style ;)


Owh sudah lama rupanya tak hapdate resepi baru, huhuhu. Lebih pada koleksi resepi coxda sendiri sebenarnya. Nanti balik Msia boleh semak2 balik resepi apa yang pernah dibuat dan menjadiiiii! 

Last week seperti biasa kami Msian di sini ada buat makan2, biasanya ptg Jumaat senang lepas habis waktu sekolah para para suami dan bujangan pulang dan terus dtg ke rumah yang organize, berkumpul dan makan. Makan mmg bertambah malah lebih dari biasa, almaklum laporrr sepanjang hari hanya menjamah roti dan cheese. Tuan rumah pun x perlu susah2 sbb mmg menjadi kelaziman kami di sini buat secara potluck. 

Time ni jugak coxda suka belajar dan tengok menu2 yang dibawak oleh rakan2, menu spesel kali nih adalah resepi Yi Mee, ala2 mee claypot kat jesco tu, hehe. Memang sedap dan biasalah kawan pun ambil sumber dari internet jugak. Kami sama sama belajar.  Kadang2 bukan apa, walaupun banyak resepi ada di internet hanya perlu petik keyboard saja tp kadang2 idea xde nak masak resepi apa kan...kalau dah makan dan rasa resepi yg kawan buat tu sedap jadi bertambahlah keyakinan nak buatnya. Heheh. Sebab tu jangan malu bertanya dan kene confident time buat. ececehhh!

Semak resepi yuk


(Resepi asal : MY RESEPI - Lilydvalley)

BAHAN-BAHAN

Yee Mee (utk 2-3 org makan)
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake (cendawan kering) rendam sehingga agak lembut dan potong 4 *coxda guna cendawan butang dalam tin shj*
1 keping dada ayam *coxda ganti daging
3 biji cili kering - potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia - hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan *coxda x letak
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air (ejen pemekat)
Minyak untuk menumis


CARA-CARA

1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau
2. Masukkan ayam yang telah di potong sehingga empuk dan tambahkan air (2 cawan lebih kurang)
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan pekat, juga serbuk lada hitam. Biarkan mendidih
4. Kemudian, masukkan cendawan dan sayur2 lain (sawi, carrot etc), biar beberapa minit
5. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau
6. Titiskan sedikit minyak bijan


Ok, senangkan resepi ni..time kita order kt kedai rasa macam susah jer nak buatkan, tapi kalau semak resepi..omakaihhh senang sgt..cuma kene ada satu je..R..RAJIN! hehehe.
Selamat mencoba dearrr ;)

Kalau ada sayur sawi tabur di atas mmg lagi ummphh!