CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 16 October 2013

Blueberry cheese cake ~my trial version~

AWAS! Ni akibat keterujaan untuk utk menikmati hasil tangan sendiri, x sempat nk biar lama dalam peti ais. Jadi, base jadi kucar-kacir, heheh. pastu coxda biar sampai esok dlm peti ais dan base biskut jadi mampat dan padat elok


Assalamualaikum wbt,
Rasanya masih belum terlambat lagi untuk coxda ucapkan Salam Eid Adha untuk semua muslimin muslimat yang merayakannya. Sudah masuk tahun kedua coxda dan suami 'berkorban' untuk beraya di perantauan tanpa kaum keluarga dan sahabat handai di sisi. Mood sedih pulak pepagi ni..sooobs

Walaubagaimanapun raya kami tetap meriah dengan rakan taulan di sini yang turut sama berkorban beraya di perantauan, hehehe. Suasana sama seperti di Malaysia, meriah dengan hidangan dan kunjungan rakan-rakan, hidangan memang tidak sesempurna dan sehebat di tanah air namun ia cukup mengembirakan hati buat kami insan2 yang berada di kejauhan ini.

Resepi kali ni adalah...cheese cakee! bukan main lama peram nak buatt..cheese cake ni kategori sederhana kekejuannya (apaa bahasaaa nih). Ada lagi jenis cheese cake yang terlalu cheezy dan cheezy sikit. Kadang2 sedap jugak kan makan cheese cake yang x terlalu cheezy, takut muak je kan. Nak resepi cheese cake yang pelbagai kategori ni sila go thru blog emiliaputeri yer..

Cheese cake di atas tu sebenarnya bukanlah menu coxda time raya, heheh. Sebenranya dah buat minggu lepas lagi, sampai hari ini baru berkesempatan untuk upload. That was may first trial, how did the taste?? ok laaa kan..at least terlerai rindu nk makan cheesecake secretrecipe,,wooo. tapi pasni nk buat cheese cake yang comel2 lagi. My dream..


Resepi asal : Emiliaputeri

BAHAN-BAHAN

DASAR KEK:
200 gm biskut oreo (coxda guna digest biscuit, klu oreo buang cream k)
50gm mentega cair

BAHAN KEK:
500gm krim keju
110gm gula kastor
1/2ts esen vanilla
2 biji telur
150ml whipping cream
1ts lemon juice
Blueberry filling secukupnya


CARA-CARA

Dasar kek:

1. Masukkan oreo ke dalam acuan springform
2. Cairkan mentega dan tuang ke dalam acuan. Gaul rata, tekan dan padat2kan.
3. Bakar (15min + 160 celcius), angkat dan ketepikan

Bahan Kek:

1. Cream cheese + gula dipukul sebati
2. Esen vanilla + telur (satu persatu), diikuti whipping cream+jus lemon, putar lagi hingga sebati
3. Masukkan adunan dalam springform, dan hias permukaan dengan blueberry (letak seperti dalam gambar untuk elakkan kek bertukar jadi biru)
4. Bakar (150celcius secara water bath, 45-50 minit)
5. Tutup suis oven, dan regangkan sedikit pintu, biar kek di dalam oven selama lebih kurang satu jam


**Longgarkan kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan or kalau x confident tutup dengan plastik wrap dan terus masuk dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. 
Dah siappp..potong comel2, ambil gambar dulu, hehehhe. apa lagi..kite ngappp!!
Last but not least, tq shoooo much to blogger emiliaputeri, guys check it out her blog k, sebab ada gambar step by step buat kek ni, sangatlahhh rajin..thumbs up!

Letak gambar besor gajah ni macam lah cunnn sgt..hahah

No comments:

Post a Comment