CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 18 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan di bumi asing

Salam Ramadhan untuk semua muslimin muslimat seantero dunia. Sedar x sedar dah tahun kedua coxda n suami berpuasa di muka bumi Netherland ni. Alhamdulillah..walaupun puasa di sini agak panjang iaitu lebih kurang 19 jam namun syukur berjaya kami harungi. Mengimbas kenangan puasa kali pertama di sini tahun lepas, rasa panas n keringnya tekak aduyaiii hanya Allah yang tahu terutamanya di hujung2 Ramadhan. 

Alhamdulillah tahun ini suhu di hari pertama tidak terlalu panas malah berangin pula. Berkat Ramadhan agaknya. Seminggu sebelum puasa suhu sekitar memang amat2 panas dgn matahari tegak atas kepala, kira-kira 24-25 celcius. Org Msia tgok suhu bwh 30 ni gelak agaknya, ikutkan di Msia suhu bwh 30 celcius dah sejukkan..tp di sini sangat2 berbeza. Panas membahang dan tiada angin, tahun lepas puasa hari pertama mmg panas ekstrim dan tida angin, bygkn lahhh..mmg Allah nak duga kami di sini.

Sebenarnya ada sedikit kekeliruan kami di Nederland ni untuk menentukan tarikh hari pertama puasa samada jatuh pada hari Selasa atau Rabu. Huuuhuu....kalau puasa hari Selasa samalah seperti tahun lepas, kami di sini puasa sehari awal dari Msia. Pihak kedutaan pun ada mengumumkan puasa jatuh pada hari Selasa. Maka kami Msian confident lah puasa esoknya.

Biasanya di Nederland, untuk menentukan hari pertama Ramadhan mereka akan melihat negeri2 berdekatan samada Perancis atau Jerman yang mana komuniti Islam lebih ramai dan terdapat jawatankuasa bertindak untuk menentukan tarikh mula bpuasa. Kawan suami maklumkan komuniti Islam di Perancis katanya puasa pada hari Selasa, jadi coxda n suami dan rakan2 Msian lain dengan penuh kompiden akan bpuasa pada keesokan harinya. Tetiba ada rakan kami lain ckp masjid Morokko di sini announce puasa bermula Rabu sbb mereka ikut Arab Saudi..sudahhh..konflik jadi kami semua. Masjid Turki cakap pulak puasa hari Selasa. Di UK puasa hari Rabu sama spt d Msia. Hehehe. Aduuuuuyai. Lain masjid lain hari puasanya..ish2. Kawan cik somie dari Iran lagi blurrr..katanya ikut Iran puasa hari Khamis. Adeh!

Ada kawan hantar message kpd sorg pakcik Moroc ni tnya bila puasa dia kata mula hari Rabu. Makanya kami Msian sini bersepakat puasa hari Rabu, sementalahan pula kami di sini agak dekat dan rapat dengan org2 Morocco yang biasa akan refer pada Arab Saudi. Dipendekkan cerita kami Msian pun puasa bermula Rabu sama seperti di Msia cuma kami puasa 19 jam shj, heheh, bayangkan jam 12 tgh mlm lebih kurang baru kami boleh decide puasa hari Rabu. Lauk pauk yang sudah masak untuk juadah sahur terpaksalah postpon sarapan pagi esoknya (al maklum puasa hari pertama bukan main semangat masak pelbagai juadah sahur), agak geli hati jugak bila pikir situasi kami, atee udah macam nk tgok anak bulan raya, heheh. Apa nak buek..

Inilah antara pengalaman2 hidup di negara asing yang coxda rasa betapa bertuahnya kita lahir dan tinggal di negara Islam, semua ibadah dan peraturan adalah disepakati oleh badan bertanggungjawab. Semuanya tersusun cantik dan siap ada penyimpan mohor besarrr lagi buat pengumuman lagi di kaca televisyen. Nah..nyata antara nikmat dan hikmat yang wajib kita semua syukuri khususnya Malaysian Muslims tentang keberadaan kita sebagai umat Islam yang tinggal di negara Islam yang aman makmur. Alhamdulillah. Duduk di negara org ni juga, lagi jelas..ini negara kapirrrr (enshek somie selalu ckp cmni) mmg beginilah situasinya, ibadah rukun itu wajibbb walau dengan apa cara dan walau berada di kordinat dunia mana sekalipun, walaubagaimanapun kita ada rukhsah, yakni sekiranya x boleh beribadah secara lazim..kita ada alternatif2 atau pendekatan2 lain yang selari dengan kehendak Al Quran dan Sunnah. Contohnya ibadah puasa inilah, xde jawatankuasa yang tengok anak bulan mereka refer pada negara jiran. Begitulah keadaannya..namun bagi coxda isu yang paling besar adalah puasa atau xnak puasa sajahhh..duduk di hemisfira yang siangnya 2 ke 3 jam shj pun tp kalau xde niat nak puasa mmg semuanya terasa berat dan sukar kan???Time tu mmg kena Tepuk dada tanya iman..

No comments:

Post a Comment