CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 18 September 2012

Bandar Utrecht

Ok, fine..sudah lama tidak update.. ;)
Cukup tempoh pertapaan untuk merindu balik belog ini,

Hari ini nk up kan entry jalan2 cari angin, ini bukan cerita update tapi backdated, hehe
Biasalah apabila pix yang di snap sudah diperam beberapa minggu dlm camera, mulalah malas nak transfer, sekadar untuk berkongsi cerita untuk readers yang ingin tahu dan x tahu pn kena tahu lah, yang malas nak ambil tahu,pora2 nak tahu yek! adoii ap yg ak merepek daa..


Utrecht merupakan antara bandar lama Netherlands yang cukup terkenal dikalangan pelancong2 luar dan orang Belanda sendiri, sebab... orang Belanda nie walaupun negeri tidak sebesar mana, ada sesetengah mereka tidak pernah langsung sampai ke tempat2 yang dianggap ulu atau pedalaman dari bandar2 besar, malas katanya..tp tidak semua berdasarkan kenyataan office mate husband lah yang cakap, disebabkan kedudukan Utrecht di tengah2 Belanda, dan laluan perjalanan train sehala dan x perlu nak transit2, maka ia menjadi destinasi tarikan utama pelancong dan penduduk tempatan untuk menjengah ke sini.

Terkenal dengan bangunan2 lama dan old church yang masih berdiri kukuk di tengah2 bandar, old canal yang sedikit berbeza dengan canal di Delft, sebab canal di sini agak ke dalam, kemudian ada pulak cafe di celah2 canal, di hujung minggu memang meriah kawasan sini dgn pengunjung2 menaiki bot menyelusuri canal dan yang lepaks2 kt cafe..muka masing2 kelihatan kembang berbangga tengok ramai orang ambil gambar dorang, haishhhh!









Perjalanan dari Delft ke Utrech menaikit train lebih kurang sejam 15 min, jauh sedikit berbanding ke Amsterdam, tapi bagi coxda Utrecht lagi best compared to Amsterdam, kami bertolak seawal pagi dan yang bestny suami dah dapat kad diskaun 40% untuk train, syok2! kad perjalanan tue bayaran euro70 yearly, haa memang berbaloi..boleh guna untuk 3 orang diskaun..
sini juga terdapat Utrecht University antara university yang terbesar di Belanda nie, tap coxda x sempat nk berziarah sbb x cukup masa, mungkin lain kali laa

File:Utrecht-Uithof, from CambridgeLaan 01.jpg
ehsan pict cik  google, tq cik goo!
                                
Satu lagi antara bangunan menarik yang biasa oranng dok tangkap gambar adalah bangunan De Inkpot, bangunan batu tertinggi di Belanda nih, hahah..apa yang menarik di Belanda adalah bangunan2 ny, selain2 terkenal dengan bangunan2 lama yang kekal terpelihara dan masih cantik, bangunan2 baru di sini mempunyai ciri2 yang menarik dan menjadi perhatian pengunjung (nie bangunan pejabat jahh..tp rmai orang dok sibuk nk bergmbor) hebat bukan?

Ada UFO tersangkut kat bangunan tue, hahah nampak tangan gergasi nak selamatkan UFO tuh, kunun2..antara  identiti menarik pada bangunan2 di Belanda, hmm kat Malaysia x lulus dah nih.. ;)

Bandar utrecht juga terkenal dengan aktiviti kebudayaan dan berkemungkinan akan dinobatkan sebagai the Cultural Capital in Europe pada tahun 2018 nanti, sepanjang laluan ke centrum banyak gallery2 yang aktif dengan persembahan dan pameran kebudayaan termasuklah Utrecht University, terdapat juga museum2 yang mempamerkan pelbagai barangan bersejarah, biasalah museum semua berbayar dan spt biasa kami memandang dari jauh, sehari saje kan, banyak tempat nk dikejar, heh. arkib pun ada kat sini, merancang untuk pergi kemudian hari..

Ok, spt biasa moh kita layan gambar yer..







pakcik nih sempat lak posing time ak nk snap gambor2 nih, pakcik2..tdi rileks jek dok mengayuh beskal



Ini juga...sedappp sgt...


Thursday 6 September 2012

Muffins Coklat dan Oren

Orange muffins - kadang2 orang agak muak dengan muffin coklat kan, so better try muffin cap oren plak

Choco muffin - tiada choc chip, letak raisin choc jadi lah

Rasanya sekarang nie coxda tgh naik 'hantu' nak buat muffin nih..heheh..sebab saiznya x gedabak cam buat sebiji kek, kalau buat kek, mulalah pikio nak faraid kat sape agaknya nanti ;)
Jadi, bila buat muffin nih boleh makan sendiri, tup2 dah habes..heheh.
Semalam cokda buat muffin coklat, cadang nak letak choc chip tapi kat sini tawaf satu delft n Rijswik x jumpa pun, hmm kalau kt Malaya bersepah choc chip, pelik2..jadi gantillah dengan kismis bersalut coklat, jadilah kan..
Hari nie pulak coxda buat muffin oren, sbb nak bawak untuk pegi rumah Kak Latifah esok (malaysian kawin dengan orang local sini) die ajak datang rumah dinner, Alhamdulillah..rezeki, cdg nak bwk lah muffin nihh. Dia dah pesan jgn dok rajin buat ap2, hai seganlah kite nak datang tgn kosong kan..
Ok, resepi muffin coklat nih kite curik kat blog kongsi resepi dan blog coklat di blog noorhasmira ,

Both recipes are yummehh!! do try ya..tq byk2 kpd tuan blogger ;)




Alahai rumah...

Eh..lama sungguh rasanya diri ini tak mengetuk papan keyboard nih..haaaduii lepas raya arituh, sibuk nk exam pastu sibuk nak usher rumah sewa baru, masa ny ada tapi bila kita dah bizis di siang hari maka malam good nite sleep awal lah yer, coxda biasalah kalau nak mengadap blog nie ghupenya dah macam nak amik exam, hahah.

Bercakap tentang rumah sewa, sini bukannya senang nak dapat rumah sewa seperti petik jari, biasanya di sini rumah sewa kena melalui 'makelaar' atau dalam malay ny adalah ejen rumah, style orang kat sini diorang akan upah mana2 makelaar untuk advertise rumah yang nak disewa tue, kira ala2 orang tengah la diantara penyewa dan tuan rumah, everything memang settle dgn makelaar jer, yang itu ok jer, tapi yang x berapa beshny kite kena charge servis makelaar berkenaan, charge sebulan sewa rumah, jadi untuk penyewa yang baru nak masuk kena bayar sebulan or 2 bulan deposit + servis makelaar + sewa bulan berkenaan, cekik darah bukan?? kalau ikutkan makelaar bukannya buat apa pun untuk kiter, just sediakan kontrak rumah je kot..kontrak selalunya optional sama ada kite nak untuk 6 bulan or setahun, bagi kes kite ni coxda n husband amek yang 6 bulan jek sebab rumah takde bilik, kecil jer lebih kurang 39' m persegi, harganya euro650 (including water, electric and gas) cekik darah lagi kan??? rumah yang tiada bilik ni diklasifikasikan sebagai 'studio', selalu bujang n couple yg tiada anak, kalau ada anak reject!  rumah harga mcm tu xde bilik pon, tapi kitorang beli almari kt ikea buat ala2 partition untuk ruang tamu, mmg kene kreatif..

Harga rumah kat Delft memang mahal, x semua tempat mahal, spt Amsterdam confirm mahal, tapi Delft yang pekan ala2 koboi nih pun sgt cekik darah, mungkin ramai foreigner agaknya yang belajar di TU Delft, bandar sebelah Delft, Rijswik memang murah yang amat, bayangkan kalau rumah ada 3 bilik tidur harganya around euro 800, memang murah la tuh, kalau Delft, mahunya 1200 and above, dekat Delft rumah kalau nak yang nak berbilik tidur satu(including utilities n semi furnished, dekat dengan train station n centrum) busuk2 pun nK dekat seribu yer jahh..kalau yang jauh dgn centrum n station close to euro 900 jugak..kalau kitorang nak sewa kat Rijswik bercinta pulak enshek somi nak 'mengayuh' pegi sekolah, maunya dalam 30-40min, kite bukannya org Dutch yang mengayuh cam naik motor, heheh..kawan somi bangsa Dutch study at TUDelft, stay dekat Den Hague (atas pada Rijswik) naik basikal dalam 30min jek smpai Delft, bayangkan tuan2 puan2..rilekss jek, haishh..

Jadi, sekarang kitorang tgh sibuk nak mencari rumah sewa baru dan sibuk nak melawat rumah baru, doakan kami dapat rumah yang selesa dan berbilik  yer (bukan apa, senang kalau ada rombongan cik kiah yang datang n nak stay kat rumah) biasanya macam tu lah..dah jimat tuh..contract sewa rumah pun sampai end of oct nih..kena kerja keras skrg nih!!

Satu lagi makelaar sini pun memilih juga, kadang2 diorang nih bagi syarat xmau student master or phD, huh demand..ada kes la tue student sewa x bayar..tapi tajuknya apabila hidup disini memang agak rumit dan payah maka perlu kadang2 berfikir maju ke hadapan, at the end makelaar yang tokseh budak students nih terima jugak apabila kita mengakui kita sedang bekerja sebagai researcher di TUDelft n kemukakan slip gaji (hmm slip gaji nih kena suruh kite nya supervisor buatkan, maknany supervisor pun terlibat dgn tipu sunat nie) hehehe..dah jangan ckp kita study! if ada syarat no master n phD, if not putih mata lah x dapat rumah yang kita berkena tue..huwaaa!