CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 20 December 2012

Kuih Bakar @ Kuih Kemboja


Assalamualaikum...
Coxda kembali semula ke arena blog ini, masa memang banyak tetapi entah mengapa ruh untuk update entry terkini seakan akan pudar..eceh! mungkin banyak benda dan masalah donia yg berlaku dalam masa terdekat ini..duhai hati..bersabarlah hidup di sini..

Ok, abaikan emosi yang melankolik itu..
Seperti biasa coxda ada menghadiri majlis makan2 dan bacaan yasin+usrah+kelas demo resepi persatuan para isteri di sini..(xdelah persatuan bagai..syok sendiri jer ni) hehe. biasa makan2 di sini secara potluck dgn kuih masing-masing. Time perjumpaan begini la selalu kami akan belajar resepi dan demo resepi. Biasa kami buat seminggu sekali atau kadang-kadang 2 minggu sekali bergantung pada cuaca dan keadaan. Sekarang sudah menghampiri musim winter nih hampir setiap hari hujan..udah macam musim tengkujuuh haa..Ada seorang kawan coxda die buat kuih bakar atau orang panggil kemboja, sangat sedap. Biasa makan..dan seperti biasa, biasa beli..heh.

Jadi dikala musim hujan-hujan begini sangatlah sempoi untuk makan kuih ni..dan yang penting sangatlah senang. Hmm mcm nak kata resepi ni resepi pejam mata jahh..kui2

Jom semak resepi  :

1 cwn gula
1 cwn jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cwn tepung gandum
2 1/4 cwn santan (atau santan dlm tin 450 ml)
2 sbs butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
bijan
pewarna hijau

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan, blend sampai sebati
  • Masukkan 2 sudu besar minyak dalam loyang
  • Panaskan loyang dalam oven, bila minyak panas, masukkan bancuhan kuih yang dikisar tadi ke dalam loyang
  • Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 celcius (bergantung pada jenis oven) sehingga keemasan atau garing
(ihsan dari myresepi.com)

Selamat mencobaaa!! 
senang..tp yg penting rajinnnnnn skit jahh.. ;)

Tuesday 18 September 2012

Bandar Utrecht

Ok, fine..sudah lama tidak update.. ;)
Cukup tempoh pertapaan untuk merindu balik belog ini,

Hari ini nk up kan entry jalan2 cari angin, ini bukan cerita update tapi backdated, hehe
Biasalah apabila pix yang di snap sudah diperam beberapa minggu dlm camera, mulalah malas nak transfer, sekadar untuk berkongsi cerita untuk readers yang ingin tahu dan x tahu pn kena tahu lah, yang malas nak ambil tahu,pora2 nak tahu yek! adoii ap yg ak merepek daa..


Utrecht merupakan antara bandar lama Netherlands yang cukup terkenal dikalangan pelancong2 luar dan orang Belanda sendiri, sebab... orang Belanda nie walaupun negeri tidak sebesar mana, ada sesetengah mereka tidak pernah langsung sampai ke tempat2 yang dianggap ulu atau pedalaman dari bandar2 besar, malas katanya..tp tidak semua berdasarkan kenyataan office mate husband lah yang cakap, disebabkan kedudukan Utrecht di tengah2 Belanda, dan laluan perjalanan train sehala dan x perlu nak transit2, maka ia menjadi destinasi tarikan utama pelancong dan penduduk tempatan untuk menjengah ke sini.

Terkenal dengan bangunan2 lama dan old church yang masih berdiri kukuk di tengah2 bandar, old canal yang sedikit berbeza dengan canal di Delft, sebab canal di sini agak ke dalam, kemudian ada pulak cafe di celah2 canal, di hujung minggu memang meriah kawasan sini dgn pengunjung2 menaiki bot menyelusuri canal dan yang lepaks2 kt cafe..muka masing2 kelihatan kembang berbangga tengok ramai orang ambil gambar dorang, haishhhh!









Perjalanan dari Delft ke Utrech menaikit train lebih kurang sejam 15 min, jauh sedikit berbanding ke Amsterdam, tapi bagi coxda Utrecht lagi best compared to Amsterdam, kami bertolak seawal pagi dan yang bestny suami dah dapat kad diskaun 40% untuk train, syok2! kad perjalanan tue bayaran euro70 yearly, haa memang berbaloi..boleh guna untuk 3 orang diskaun..
sini juga terdapat Utrecht University antara university yang terbesar di Belanda nie, tap coxda x sempat nk berziarah sbb x cukup masa, mungkin lain kali laa

File:Utrecht-Uithof, from CambridgeLaan 01.jpg
ehsan pict cik  google, tq cik goo!
                                
Satu lagi antara bangunan menarik yang biasa oranng dok tangkap gambar adalah bangunan De Inkpot, bangunan batu tertinggi di Belanda nih, hahah..apa yang menarik di Belanda adalah bangunan2 ny, selain2 terkenal dengan bangunan2 lama yang kekal terpelihara dan masih cantik, bangunan2 baru di sini mempunyai ciri2 yang menarik dan menjadi perhatian pengunjung (nie bangunan pejabat jahh..tp rmai orang dok sibuk nk bergmbor) hebat bukan?

Ada UFO tersangkut kat bangunan tue, hahah nampak tangan gergasi nak selamatkan UFO tuh, kunun2..antara  identiti menarik pada bangunan2 di Belanda, hmm kat Malaysia x lulus dah nih.. ;)

Bandar utrecht juga terkenal dengan aktiviti kebudayaan dan berkemungkinan akan dinobatkan sebagai the Cultural Capital in Europe pada tahun 2018 nanti, sepanjang laluan ke centrum banyak gallery2 yang aktif dengan persembahan dan pameran kebudayaan termasuklah Utrecht University, terdapat juga museum2 yang mempamerkan pelbagai barangan bersejarah, biasalah museum semua berbayar dan spt biasa kami memandang dari jauh, sehari saje kan, banyak tempat nk dikejar, heh. arkib pun ada kat sini, merancang untuk pergi kemudian hari..

Ok, spt biasa moh kita layan gambar yer..







pakcik nih sempat lak posing time ak nk snap gambor2 nih, pakcik2..tdi rileks jek dok mengayuh beskal



Ini juga...sedappp sgt...


Thursday 6 September 2012

Muffins Coklat dan Oren

Orange muffins - kadang2 orang agak muak dengan muffin coklat kan, so better try muffin cap oren plak

Choco muffin - tiada choc chip, letak raisin choc jadi lah

Rasanya sekarang nie coxda tgh naik 'hantu' nak buat muffin nih..heheh..sebab saiznya x gedabak cam buat sebiji kek, kalau buat kek, mulalah pikio nak faraid kat sape agaknya nanti ;)
Jadi, bila buat muffin nih boleh makan sendiri, tup2 dah habes..heheh.
Semalam cokda buat muffin coklat, cadang nak letak choc chip tapi kat sini tawaf satu delft n Rijswik x jumpa pun, hmm kalau kt Malaya bersepah choc chip, pelik2..jadi gantillah dengan kismis bersalut coklat, jadilah kan..
Hari nie pulak coxda buat muffin oren, sbb nak bawak untuk pegi rumah Kak Latifah esok (malaysian kawin dengan orang local sini) die ajak datang rumah dinner, Alhamdulillah..rezeki, cdg nak bwk lah muffin nihh. Dia dah pesan jgn dok rajin buat ap2, hai seganlah kite nak datang tgn kosong kan..
Ok, resepi muffin coklat nih kite curik kat blog kongsi resepi dan blog coklat di blog noorhasmira ,

Both recipes are yummehh!! do try ya..tq byk2 kpd tuan blogger ;)




Alahai rumah...

Eh..lama sungguh rasanya diri ini tak mengetuk papan keyboard nih..haaaduii lepas raya arituh, sibuk nk exam pastu sibuk nak usher rumah sewa baru, masa ny ada tapi bila kita dah bizis di siang hari maka malam good nite sleep awal lah yer, coxda biasalah kalau nak mengadap blog nie ghupenya dah macam nak amik exam, hahah.

Bercakap tentang rumah sewa, sini bukannya senang nak dapat rumah sewa seperti petik jari, biasanya di sini rumah sewa kena melalui 'makelaar' atau dalam malay ny adalah ejen rumah, style orang kat sini diorang akan upah mana2 makelaar untuk advertise rumah yang nak disewa tue, kira ala2 orang tengah la diantara penyewa dan tuan rumah, everything memang settle dgn makelaar jer, yang itu ok jer, tapi yang x berapa beshny kite kena charge servis makelaar berkenaan, charge sebulan sewa rumah, jadi untuk penyewa yang baru nak masuk kena bayar sebulan or 2 bulan deposit + servis makelaar + sewa bulan berkenaan, cekik darah bukan?? kalau ikutkan makelaar bukannya buat apa pun untuk kiter, just sediakan kontrak rumah je kot..kontrak selalunya optional sama ada kite nak untuk 6 bulan or setahun, bagi kes kite ni coxda n husband amek yang 6 bulan jek sebab rumah takde bilik, kecil jer lebih kurang 39' m persegi, harganya euro650 (including water, electric and gas) cekik darah lagi kan??? rumah yang tiada bilik ni diklasifikasikan sebagai 'studio', selalu bujang n couple yg tiada anak, kalau ada anak reject!  rumah harga mcm tu xde bilik pon, tapi kitorang beli almari kt ikea buat ala2 partition untuk ruang tamu, mmg kene kreatif..

Harga rumah kat Delft memang mahal, x semua tempat mahal, spt Amsterdam confirm mahal, tapi Delft yang pekan ala2 koboi nih pun sgt cekik darah, mungkin ramai foreigner agaknya yang belajar di TU Delft, bandar sebelah Delft, Rijswik memang murah yang amat, bayangkan kalau rumah ada 3 bilik tidur harganya around euro 800, memang murah la tuh, kalau Delft, mahunya 1200 and above, dekat Delft rumah kalau nak yang nak berbilik tidur satu(including utilities n semi furnished, dekat dengan train station n centrum) busuk2 pun nK dekat seribu yer jahh..kalau yang jauh dgn centrum n station close to euro 900 jugak..kalau kitorang nak sewa kat Rijswik bercinta pulak enshek somi nak 'mengayuh' pegi sekolah, maunya dalam 30-40min, kite bukannya org Dutch yang mengayuh cam naik motor, heheh..kawan somi bangsa Dutch study at TUDelft, stay dekat Den Hague (atas pada Rijswik) naik basikal dalam 30min jek smpai Delft, bayangkan tuan2 puan2..rilekss jek, haishh..

Jadi, sekarang kitorang tgh sibuk nak mencari rumah sewa baru dan sibuk nak melawat rumah baru, doakan kami dapat rumah yang selesa dan berbilik  yer (bukan apa, senang kalau ada rombongan cik kiah yang datang n nak stay kat rumah) biasanya macam tu lah..dah jimat tuh..contract sewa rumah pun sampai end of oct nih..kena kerja keras skrg nih!!

Satu lagi makelaar sini pun memilih juga, kadang2 diorang nih bagi syarat xmau student master or phD, huh demand..ada kes la tue student sewa x bayar..tapi tajuknya apabila hidup disini memang agak rumit dan payah maka perlu kadang2 berfikir maju ke hadapan, at the end makelaar yang tokseh budak students nih terima jugak apabila kita mengakui kita sedang bekerja sebagai researcher di TUDelft n kemukakan slip gaji (hmm slip gaji nih kena suruh kite nya supervisor buatkan, maknany supervisor pun terlibat dgn tipu sunat nie) hehehe..dah jangan ckp kita study! if ada syarat no master n phD, if not putih mata lah x dapat rumah yang kita berkena tue..huwaaa!


Tuesday 21 August 2012

Sayu Aidilfitri di negara kincir angin


"Lajunya kincir angin itu berpusing, 
Selaju sayu nya Aildilfitri kami nan hening..."

ALhamdulillah...sedar tak sedar sudah 2 hari Aidilfitri disambut, warga Delft dan Belanda am nya sambut Aildilfitru hari Ahad sama seperti di Malaysia, tapi kami di sini puasa lebih sehari sebab Jumaat dah start dah, tp kalau ikutkaan lebih byk hari lebih rasanya kalau dikira ikut jam - 18 jam sehari, haha

Ramadhan berlalu terasa begitu pantas walaupun kami disini puasa 'lebih' dari biasa, terasa begitu berat dugaan di hujung2 Ramadhan disebabkan cuaca yang begitu panas membahang sehingga mencecah 32 celcius, suhu spt ni mungkin biasa di Malaysia tapi kami di sini adalah luar biasa, sudah biasa dgn cuaca sejuk dan berangin, dah imune dgn cuaca sejuk jadi kalau dtg panasss memang x tahan, libang libu jadiny..inilah summer yang sebenar2nya..Syukur Alhamdulillah..dlm keadaan sukar begitu, puasa tetap puasa.. 

Sebenarnya coxda nk update n3 pun agak tidak ber 'perasaan' seminggu sebelum, sbb mcm2 perasaan ada nak2 menjelang raya nih, hmm kompem2 perasaan syahdu adalah 98% drpd gumbira, jadi bila nak ketuk keybord jer jd sedis x pasal..hmm..terkenang2 raut wajah tua ibunda ayanhanda, teringat2 teratak kami yang meriah, sbb biasa time2 nk raya begini, kite lah yang selalu busy dgn ibunda kakak n adik, tp di sini jadi mandom..nak buat ape sgt pun kan.., hmm aduhai xmolah cite dah..buat sayu jer..

Dalam dok melayan perasaan tu, sempat juga coxda buat biskuett..sbb semata2 nk feel raya tue..biasalah..resepi mudah2 sajer lah yang dilayan..paling mudah di alam semesta! puasa hujung2 pun agak letih jadi buatlah seadanya..
Tapi yang best sbb ada kawan datang nak datang menguli2 jugak, hehe..ada kawan jadi rancaklah uliannya..terus jemput buka puasa sekali, 

Biskut Suji - one of my favorite cookies, bcoz my ibunda always oven ed it for me,  now  its by my own
Honey cornflakes - even though this is kacang recipes but i had done it for the 1st time ever, u shud  believe it ;)
Chocolate chip - i didn't know how kacang this recipes, no wonder  my friends keep asking me to do it , anyway i love my friend's choc chip, it was superb!
All these recipes are copying from the others blog, there is no words to say how much i thank you to all bloggers for sharing this, resepi mudah tapi coxda x kompiden nak adjust sendiri, takut x menjadi, n takut membazir bahan jer
Pejam mata jer kan biskuet2 raya yg coxda buat, heheh..sekajap jer settle 3 biskut dgn kawan..
Oven pun kecil jer, tp bila buat ada kawan, memang sepantas kilat, zasss..

Juadah berbuka puasa coxda buat nasi lemak n eksesori, yang best skit sbb buat rendang daging..coxda x sempat nk captured gambar sbb agak kalut sikit time tuh..3 bijik kueh katakan, haha. Husben jemput sorang lagi kawan..memang berlemak berbuka Jumaat lepas, sudah lama mungkin kami tidak menerima tetamu di rumah sampailah diajak bersahur sekali di rumah, diorang stay dari berbuka sampailah ke sahur..dan balik jam 5 pagi, hehe..dasyat jugak kami nih kalau sudah di ajak bersembang (kawan berdua tu bujang, memang besh lah diorang sesekali berbuka n bersahur ramai) nasib esoknya Sabtu, sebab itu kompiden ajak hari jumaat sbb esok cuti..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, semoga lebaran kali ini membawa kebahagiaan dan rahmat ilahi,sambutlah dengan rasa kesyukuran dgn penuh kesedrhanaan, 
Ya Ramadhan, semoga kita dipertemukan lagi, ameen



Thursday 9 August 2012

Fruit Tart in Mid Ramadhan

Beautiful and Colourful, just nice for the color, the taste ok lahh

Salam semua. Seronok dapat kembali menaip, heh. Ayat mcm busy sgt kan..hmm pertengahan puasa kami disini memang terasa sangat kepenatannya, kalau biasa kat Mesia memang tgh2 puasa pun akan rasa letih jgk, tp berbuka awal boleh la nak landing2 depan tv ke ape ke kan, tp kat sini jadual berbuka lambat, lepas berbuka pukul 10 mlm, terus mata ni mcm kena gam, aduhaii..mengantuksny..teraweh pum kdg2 byk termisss..upss, hehe. Tp sblm berbuka tu aktifny teramat, ke sana ke mari, lepas berjalan2 bleh relaks je smpai umah masak, cuci toilet pn mak buat nakkk.. 

Ok, nk dekat2 raya nih saje lah teringin nak buat tart buah, biasalah first time jugaklah tajukny, Alhamdulillah dapat jugak merasa air tgn sndri yg boleh la kan, selalu air tgn org, mmg lah sedap sbb org tu terrer tp coxda  terer mkn jahh!! Pastry??? Ok lahhh but really need to improve, selalu mkn pastri yg sedap2 jek, itulah masalah kalau test yg sedap2 je, nak buat bercinta! Tapi tang krimny ishh besh lah jugak, mkn dgn buah lak tuh..

Acuan takde macam ni lah jadiny, huru hara jadik tart nih

Ini ambil resepi drpd kawan, hmm kena belajar dgn tok guru nampaknya nih..kalau google resepi semua lebih kurang, jadi kalau x berapa jadi tu musti skill yang digunakan kurang sesuai.. :)

Ok semua, daa...

Wassalam

Mode - Akhir2 Ramadhan nih, byk manusia2 yang dirindu dan merindui, ok nk pasang lagu raya melayan rindu..

Saturday 4 August 2012

Burger Malaysia van Holland


This picture reminds me of the pack man's games...you see it just has a big  mouth open!! LOL :)
Menu nih dah buat beberapa hari lepas, tiba2 ntah time arituh tekak teringin nak makan burger mesia nih, sbb beberapa hari sblm bertolak ke sini coxda selalu beli burger mesia ni dekat satu gerai jual kuih muih dekat Sungai Ramal, mcm2 makcik tu jual, kebanyakan sedap2 belaka, ada goreng pisang, ubi goreng, donuts besar gajah, cempedak, air kelapa, aihhh mcm2 lagi la..tp mknan yg addicted sgt burger msia dengan donut die lah, sedap sbb mkn panas2 dan lembut sgt..hadui..nak tak nak, kena lah berhempas pulas menguli doh arituh juadah utk berbuka..

dan maka terciptalah suatu rasa yang tidak ternilai, gabungan rasa sambal bilis manis, pedas, segar dr timun dan doh yang gebus (berbaloi menguli dan menumbuk2 doh berkenaan) sesiapa pasti terliur.. 

For those interested, lets check this recipe:
(Source : My Resepi  )


Bahan-bahan ( 8 biji )

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil dry yeast
  • minyak untuk menggoreng
  • - sambal ikan bilis
  • - timun

Cara-cara

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

Wednesday 1 August 2012

Puding Karamel Bakar Version

Owhh...sudah berkurun rasanya tak hapdate belog ni, bulan puasa ni mcm sedikit sibuk dengan mcm2 hal, sibuk menghadiri jamuan berbuka puasa (ala2 artis gitu..) appoiment pun mcm2, gi klinik sbb sakit ulser kt kerongkong, ulser ke ape xtau lah, sakitny adui bely tahan, pastu update exam lg, pastu sibuk nak cari2 rumah baru nk pindah nnt, haishh..dugaan. Sesungguhnya aku berpuasa...

Ok, cakap tentang jamuan berbuka puasa lak, selalu mesian kt sini kami buat secara potluck, kesian kat tuan rumah, dptlah kurang beban ny nk msk mcm2, biasa tuan rumah akan masak yg main menu lah. Jadi sibuklah coxda nk pikior menu apelah yang sesuai. Jadi last weekny pot luck coxda buat roti jala guna botol sos (mane ler teman bawak acuan ny, x pernah buat pun kt mesia, selalu  melantak jer)..haha..tp kojo senang je..lawannya kari ayam. Boleh tahan sedap..hehe sbb dah lama x makan, terpaksalah puji. Org lain ny kompom lg sodap, tp kt sini org2 mesia yg dah lama x mkn nih musti lah kata sodapp dan menu coxda habis dolu..bagus! xyah membazir..

Boleh la kan, tajuknya tiada acuan...

terdesakkkk nak makan, for those who's craving for roti jala, this is the best alternative, do try it ;)


Kolling kakak kat mesia kata buat roti jala guna botol sos cili, guleng2 gelak..huh..tapi rasany tip top tau, kakak coxda nih hebat lah buat roti jala, halussss gitu jalany..alah botol sos nih pun boleh jer, kena pandai lah kontrol tangan tu, kasi lentik skit!

Alhamdulillah, hari ni genap 12 hari puasa, semoga dipermudahkan oleh Nya untuk habiskan keseluruhan nnt, teringin nak makan puding karamel tapi biasa coxda buat guna periuk kukus..tapi kite x beli pun lagi periuk kukusny, jadi menggugel lah resepi yang guna oven, akhirnya dapatlah dari satu blog nih..

Rupa parasnya tidaklah ayu...

tapi rasanya menikam kalbu... ;)

Sesiapa yang takde periuk kukus mcm kiter, guna alternatif bakar yer, ok meh salin resepi dari blog dapurku sayang (TERIMA KASIH DAYANGJACK ;) )



BAHAN-BAHAN

Karamel :
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air panas
Cara-cara : Hanguskan gula bersama air. Apabila sudah kekuningan, masukkan air panas. Kacau hingga perang pekat. Terus ratakan pd loyang yg bersesuaian. Ketepikan.
Puding :
  • 4 biji telur
  • 300 ml susu cair / susu segar
  • 80-90 g gula halus
  • 1/2 sudu makan jus lemon (boleh juga guna 1 sk esen vanilla)
Cara : 
  1. Satukan gula dan telur di dlm satu bekas. Pukul perlahan-lahan sehingga gula larut dan sebati tetapi jgn sampai berbuih.
  2. Kemudian masukkan susu dan jus lemon. Kacau lagi hingga sebati. Tapiskan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang berkaramel tadi. 
  4. Bakarlah secara steam bath sehingga masak. (suhu bergantung pd jenis oven masing2). Kalau nak kukus pun boleh juga. Caranya ialah tutupkan loyang dgn kertas foil dan kukuslah hingga masak.
*** kalau nak bagi puding ni cantik dan tak berlubang2, pastikan telur dikacau perlahan-lahan dan tidak berbuih sama sekali. 
*** boleh juga ditambah dgn 1/2 makan tepung kastard + 1 sudu makan air (dibancuhkan) jika suka.


Ohh baru kite tahu bakar secara steam bath ni cmne, rupeny letak bekas/dulang berisi air di bawah oven, or rendam bekas adunan kite ke dalam dulang berisi air, sesuai untuk soft puding camni or sesuai juga untuk kek yang lembut2 spt cheese cake utk elakkan crack di bahagian atas or merekah, owhh satu ilmu baru yg coxda belajar..

Oklah yer, sudah mahu tidur. Kami di sini sudah pukul 1.30am, orang2 Malaysia Selamat Bersahur yer, jap lagi pukul 3.30 nak kena bangun bersahur lak, ngee.
Selamat Malam dan Selamat Bersahur :)

Thursday 26 July 2012

Dreamy Pizza

Salam 

Sedar x sedar sudah masuk hari ke tujuh kami di sini puasa, first n second day Ya Allah memang x larat, sblm berbuka ok, tapi lepas2 berbuka tu...aduss penattt sgt..ditambah dengan cuaca yang semakin panas membahang skrg nih, tido pun dah pakai kipas, huhu. 18 jam puasa ok, tapi biasa la kan lepas mkn minum terus collapss..hmmm fikir2 balik sebab tu Rasulullah ajak berbuka dgn kurma dan air saje dulu, pastu terus solat, selepas itu barulah makan. Mudah bukan? 

Ok, sesaje nk share la kes nih, org yg first timer ni lain mcm skit nk menunjukny, ngee. Last 2 days coxda buat pizza, hmmm tajuknya sekali lagi rindu nk makan piza la tuh..buat untuk berbuka, just for simple menu but obviously would recall back our energy so i gave efforts to realized it, by hook or by crook dream must come true, nothing will stop me. So google was my first effort for searching the recipe, hehe. Then, kawan kepada pizza adalah mushroom soup, x pernah buat seumur hidup, but i have to, layan

before...(cheese yg tamak di atas)
finally... (really??, it's not a dream)
the best couple, it's compliment  for each other - we're full enought...

Resepi ni kite ambil campur, hehe. Sebab bahan tiada, nk bread improver bagai (sini susah nk cari sbb org sini suka yg dah ready, tinggal masak n panaskan jer) Kalau letak improver musti lagi improve dan lembut dan sedap kan..Resepi doh kite ambil di My Resepi , sos kite ambil di page abg mat gebus , sedap sosny..sup cendawan di blog fizanordin 
thanks semua, semoga kalian dirahmati :)

Mungkin..mungkin... menu2 ringkas spt ni, menyenangkan kite untuk berterawikh slps itu... InsyaAllah ;)

Saturday 21 July 2012

Karipap Kentang

Semalam hari pertama berbuka, jeng2 coxda buat  karipap2 cintaaaa, haha.
Serious...first time buat, dan first time x beli karipap time bulan puasa dan bulan x puasa..ngee
Aktiviti biasa meng gugel resepi dapat dari blog kak ina kl (many thanks for the blogger)

Inilah hasil yang berjaya dituai...

bukan karipap dah nih, kepap rsny..huduh benorr nampak, maklumlah tanpa acuan, mengelim pun sampai berpusing2 bdn tau...

Hasilnya, boleh lah kak jahhh!! nak makan sendiri..tapi pastrinya baguss sekali, rangup, x sia2 tangan menguli sampai jadik lembik (penat yer uli doh karipap nih) patot lah karipap mahai..phm dah..apa pun thanks pd blogger kak ina

Jom semak resepi dari blogger :


Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum (coxda buat half sajer)
2 sudu besar mentega/marjerin 
2 sudu besar minyak masak

Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.

Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 1 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging/ayam kisar
  • 1 stok ayam 
  • 1 biji bawang besar*  
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. 
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
Ok, silakan cuba bagi first timer, kesusahan membuat home made karipap hanya pembuatny saje yg tahu :)
Orang2 Mesia buka apa yer di hujung minggu?? Selamat berkunjung ke bazar Ramadhan n kirim salam saya pada penjual martabak, popia goreng n basah, pakcik juai cendol, kakak jual ayam percik dll :(
Sayonara...