CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 26 July 2012

Dreamy Pizza

Salam 

Sedar x sedar sudah masuk hari ke tujuh kami di sini puasa, first n second day Ya Allah memang x larat, sblm berbuka ok, tapi lepas2 berbuka tu...aduss penattt sgt..ditambah dengan cuaca yang semakin panas membahang skrg nih, tido pun dah pakai kipas, huhu. 18 jam puasa ok, tapi biasa la kan lepas mkn minum terus collapss..hmmm fikir2 balik sebab tu Rasulullah ajak berbuka dgn kurma dan air saje dulu, pastu terus solat, selepas itu barulah makan. Mudah bukan? 

Ok, sesaje nk share la kes nih, org yg first timer ni lain mcm skit nk menunjukny, ngee. Last 2 days coxda buat pizza, hmmm tajuknya sekali lagi rindu nk makan piza la tuh..buat untuk berbuka, just for simple menu but obviously would recall back our energy so i gave efforts to realized it, by hook or by crook dream must come true, nothing will stop me. So google was my first effort for searching the recipe, hehe. Then, kawan kepada pizza adalah mushroom soup, x pernah buat seumur hidup, but i have to, layan

before...(cheese yg tamak di atas)
finally... (really??, it's not a dream)
the best couple, it's compliment  for each other - we're full enought...

Resepi ni kite ambil campur, hehe. Sebab bahan tiada, nk bread improver bagai (sini susah nk cari sbb org sini suka yg dah ready, tinggal masak n panaskan jer) Kalau letak improver musti lagi improve dan lembut dan sedap kan..Resepi doh kite ambil di My Resepi , sos kite ambil di page abg mat gebus , sedap sosny..sup cendawan di blog fizanordin 
thanks semua, semoga kalian dirahmati :)

Mungkin..mungkin... menu2 ringkas spt ni, menyenangkan kite untuk berterawikh slps itu... InsyaAllah ;)

Saturday 21 July 2012

Karipap Kentang

Semalam hari pertama berbuka, jeng2 coxda buat  karipap2 cintaaaa, haha.
Serious...first time buat, dan first time x beli karipap time bulan puasa dan bulan x puasa..ngee
Aktiviti biasa meng gugel resepi dapat dari blog kak ina kl (many thanks for the blogger)

Inilah hasil yang berjaya dituai...

bukan karipap dah nih, kepap rsny..huduh benorr nampak, maklumlah tanpa acuan, mengelim pun sampai berpusing2 bdn tau...

Hasilnya, boleh lah kak jahhh!! nak makan sendiri..tapi pastrinya baguss sekali, rangup, x sia2 tangan menguli sampai jadik lembik (penat yer uli doh karipap nih) patot lah karipap mahai..phm dah..apa pun thanks pd blogger kak ina

Jom semak resepi dari blogger :


Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum (coxda buat half sajer)
2 sudu besar mentega/marjerin 
2 sudu besar minyak masak

Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.

Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 1 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging/ayam kisar
  • 1 stok ayam 
  • 1 biji bawang besar*  
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. 
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
Ok, silakan cuba bagi first timer, kesusahan membuat home made karipap hanya pembuatny saje yg tahu :)
Orang2 Mesia buka apa yer di hujung minggu?? Selamat berkunjung ke bazar Ramadhan n kirim salam saya pada penjual martabak, popia goreng n basah, pakcik juai cendol, kakak jual ayam percik dll :(
Sayonara...










Pantai Scheveningen

Assalamualaikum and Happy Ramadhan for all beloved Muslims..

Alhamdulillah kami disini sudah menyambutnya sehari awal daripada rakyat Malaysia, yakni hari Jumaat, Malaysia hari sabtu kan?? Alhamdulillah walau di mana kita berada Ramadhan tetap disambut dgn penuh kesyukuran, beruntunglah bagi kita yang masih lagi dapat dan mampu berpuasa sepanjang Ramadhan tahun ini, InsyaAllah. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang kita melaksanakn ibadah ini, amin..
Alhamdulillah merasai berpuasa di perantauan buat pertama kalinya, bermula jam 3.30am sehingga jam 10.00 malam, hmmm lebih kurang 18 jam. Takut tengok angka 18jam tu..huhu. ALhamdulillah pernah cuba berpuasa sunat sblm tu kat sini, boleh saja..tapi nak menunggu time berbuka memang bercinta!! sbb apa? Biasanya masak2 ni selalu kat Mesia awak around jam 5 cmtu, tapi kat sini bila diaplikasikan time masakan mcm tu, ohhooo memang lama lah bercinta mengadap mekanan yg dah siap..aduss!

Sehari sebelum Ramdhan coxda dan suami dah sibuk2 dah nak membeli barang dapur bagai, bukan x boleh beli esok2nya brg dapur ada lagi, tapi sengaja nak sibuk2 dengan orang2 arab sini yang shopping, heheh. Tapi sebelum itu, sempat pula coxda n suami menjengah pantai kt bumi Belanda nih..haha. Sempat jugak tuh..planning nak pargi last week, cancel ada hal lain. Sblum puasa nak cuci mata dulu lah..haha

Nama pantai tu Scheveningen Beach, terletak di The Hague (Den Hague), tapi dari centrum (city central) agak jauh jugak, laluan menggunakan tram dari Den hague lebih kurang 20 minit, kitorg naik tram dari Delft direct terus ke pantai Scheveningen, tambang pergi shj lebih kurang 2.90 euro. Perjalanan dari Delft ke Scheveningen lebih kurang sejam jugak, best sebab tram direct ke tempat tu, kalau tukar2 malas lah jugak, hehe. 

Subnaallah...cantik sangat tempatny..pasir nya halus ala2 pantai kat tioman and perhentian gitu, tp enshek suami kata pantai kt mesia lagi cantik dan lagi halus pasirny. Rasanya ini lah satu2nya pantai kt Belanda yang hebat skit kot, entah rasanya lah..Pengunjung boleh melewati lautan tau..heeeebat x?? hahah, ada jambatan  merentasi laut tapi xlah jauh sgt, dekat bawah jambatan tu ada dibuka kiosk2 menjual cenderamata bagai..tapi memang best lah. First time ke pantai obersea katakan...dapatlah tengok air laut menggunung2 ombaknya dari bawah, ishh memang kuat deruan ombak sampai rasa tempias air, igt hujan dah. Hahaha...selalu pantai kt oversea nih banyak lah kot pemandangan 'indah' lain makhluk2 berjemuran kan, hahaha, tapi time nih memang xde lahh..sejuk sgt!!! mnnggal siapa bejemur time2 mcm nih, ngee. Time summer yang masih sejuk lagi dan hujan x henti2..

Ok, layan gambarlah yer, pasni nak gugel respi nk masok, hehe

Kaki lima jalan sebelum ke pantai

Entrance nak masuk di tengah2 tu

Pemandangan dari atas jambatan, total restaurants that served dishes for peoples, price?? soo affordable. mat n minah2 saleh memang suke type location cmni, berjemur..kalau kat Mesia jgn harapla... ;)

nice n luvly view...isn't? thnking of mlaysian beach scenery, wthat a misshh..

Ombak rindu..nampak tue Hariz and Izah tgh dok berdating..

Everybody can fly...believe in yourself no matter what

Sorry, gambar menyenget..upload ok, tetiba jadi cmni, huhu. Menara atas tu tempat orang buat bungee jumping, but now its not working anymore. Naik atas menara tu gayat jugak...eeuuu (sorry dear coz attach ur pix here, just showing them the menara background, bdw ur pix looks cool  and tall, just like model, camere tricksss..keh2


Dari atas menara; other stories - i'm not wearing any makeup, believe me! just camera affects..LOL

kena naik ber tangga2 sebelum ke puncak, gayat tauuu mak tom!

Bawah jambatan, deretan kedai menjual2 barangan cenderamata, antaranya..

cloggss, is a must!!

Calendar 2013...

fish treatement, ada juger...guess who's the towkey? again..chinese man

Girl with a pearl earring, very famous painting in netherlands, the painter; Vermeer antara painter yang cukup2 hebat pada zaman tu, try gugel nama beliau (lukisan di dinding jambatan)



Bukit pasir maybe

Sea food restaurant, Kibbeling menu , insyaAllah halal,  ikan kibbeling bersalut tepung, sedap tapi lama2 muak. Banyak gilos, diorang terkejut kami order untuk satu meal sahaja, come on we are Malaysian, alwayss full!!








Lastly, sekali air bah, sekali pantai berubah... Salam Ramadhan Al Kareem                        


Sunday 15 July 2012

Kek Coklat Moist di rantau orang

Salam readers..





Tengok apakah objek di atas tu?? terliurrs x?? hehe
Pada hari minggu yang berbahagia ini, menjadi juga sebuah kek coklat lembap yang di idam idamkan selama ini, kalau dulu kite rasa nak makan kek coklat, pergi sekret respi jer, lagipun bukan nak makan banyak...sepotong pun jadi lah, sebab kek jenis ni kalau makan banyak2 jadi muakk kan, tapi disebabkan kehidupan di sini wpun untuk membeli sepotong kek di kedai bakery agak tidak terjamin kehalalannya, maka langkah terbaik adalah terpaksalah buat dan terpkasalah makan sehingga lebam. Huuu
Nak buat camno, nk buat saiz sukatan kecil, loyangnya besar gajah ;)

Semalam kite n rombongan Malaysian Delft pergi ke jemputan walimah anak pak imam kat Delft ni kahwin, pak imam ni berasal dari Patani tapi sudah lama menetap di sini, namanya Ustaz Hisyam. Nanti coxda share cite pasal kenduri akad nikah for the next entry nanti ok. Cuma majlis akad nikahny sama saja macam kita di Malaysia..tapi... tungguu! heh

Biasalah resepi kek shoklat ni adalah hasil 'googelan' lah kan, lepas tu adalah satu respi yang berkenan di hati. Zaman dahulu selalu gak buat, tapi kite kukus..dan resepi pon x hengat..jadi abaikan, kite cari respi baru. Lagipun respi tu bukan warisan nenek moyang, haha

Ok, sesiapa nak cuba coba try resepi nih...


Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir   (kite buat setengah jer sbb taknak manisshh sgt)
1 cawan gula perang
Bahan A1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Topping 
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak (kite ganti dengan butter)
Cara-cara:
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sehingga nampak likat dan shining

*Resepi ihsan dari blog anakku soleh.com. Terima kasih kak..

Ok, jom layan gambar yang x berapa 'gah' nih..


Siap! tapi agak kering kat luar sbb mungkin terlama skit dlm oven, tapi dlmny still ok ;)

Kek setelah di letakkan topping, agak menggiurkan dari pandangan sisi, kui2

Nak mengada ngada lagi taburkan coklat rice di atas, ewahh. Coxda xnak letak banyak sgt takut manishhh

Inilah Kek Coklat Moist first time di perantauan :) sepotong ni pun jenuhhh nak habiskan..huuu


Syukurlah dapat resepi yang guna topping cocoa powder, kebanyakannya nak guna choc bar. Di sini x jumpa pun choc bar yang biasa orang buat topping. Dah tawaf semua supermarket kt Delft nih, xdak..nak cari cocoa powder pun bercinta jugak, last2 dapat jugak yang brand van houten, ok sgt2


Hmm..kek suma dah siap, just ada satu masalah. Siapa yang nak habiskannya ni yer..oww kite n enshek somi memang x akan habis..jadi tajuknya esok kek ini akan di faraidkan di ofes enshek somi dan sewaktu dengannya, hahaaaruss lah habiss! Org Dutch biasa mkn kek2 ni..


Sekadar berkongsi adab2 memasak dalam blog anakku soleh.com ni jugak :



  1. Apabila memasak, seelok-eloknya kita berada dalam keadaan wudhu’.
    *Sekiranya ibu-ibu terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka sangat-sangat ditekankan untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum  memasak.
  2. Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak.
  3. Berzikirlah sewaktu sedang memotong, mencedok, mengacau dsb. Elakkan daripada mengumpat atau melihat perkara maksiat sewaktu sedang memasak.



Semoga kita dapat mengamalkannya, Insyallah menjadi saje resepi ny nanti


Ok, sampai sini shj..daa!


Selamat mencobaa! :0)

Wednesday 11 July 2012

Emergency Puding Roti

Hari ini masih dalam mood membakar dan meng'oven' lagi...heheh. Oven baru beli kena test cukup2, konon nak menguji kehandalan dan kekuatan oven. Weiii..


Mood seperti mahu membuat kek shokolat, tapi mood nak ke kedai xdak n mood nk drive 'basikal' pun fly2 away, haha. jadi mungkin tidak jadi kek shokolat jadi layan air shokolat lah kot..

Hmm..sibuk2 online kawan kite kata nak datang rumah nak pinjam buku ielts husben, tapi katanya nk datang lewat sikit, biasalah ada anak kecik nih slalu meragam, so timing wouldn't b fix. Biasanya fenomena Malaysian di sini kalau sedara mara datang (sedara mara merujuk kpd  kwn2 Malaysian lain lah) busuk2 pun diorang musti berbuat sesuatu di dapur, kalau x meng oven musti kene meng uali (goreng), heheh. Nak datang petang buat menu petang lah kot,

Jadi, pergi ke dapur mengusher apa barang2 yang ado untuk meng oven..hmm apa lah yg coxda nak masak nih yer..ternampak lah beberapa keping roti bulat yang masih belum habis dimakan, usher fridge nampak lak butter (ala..butter crumble arituh..) fresh milk, raisins.. telux

Jadi..inilah hasil yang berjaya di tuai ...

Puding roti emergency - pix spt biasa cacat sedikit sbb coxda dah makan ..haha

Zoom in dari atas...namp x kismis yang ngada2 kat atas tu..lagi best kalau letak pelbagai lagi  spt ceri  ke, choc chip ke, keju ke..kan sedap tuh..

Setelah di potong2 selepas di makan




Haha..kalau tengok ghupe ny sejenis jek cm crumble tempoh hari tu..kan sonang je masak2 nih..jadi cm kite sepesen jek respi tukar2 saje ramuanny..haha. Sedap jugak, sbb dah lama tak makan puding roti.

Tetiba teringat lak kat abang on coxda, dolu2 zaman die belum kahwin dan kte pn masih manis2 remaja lagi,  selalu suruh kite buat resepi nih, tapi selalu cakap x tau lahh n susah nak buat. Yer ler nk masak cokodox pon kite panggil makkkk!! hahah..kesian kt abg on..xpelah skrg ni die pown dah kawen..pandai ler bini ny masak mcm2, idakk?? 

Ok, nak asar jap..maghrib sini masuk pukul 10.15pm, jadi asar pukul 8pm ok ler kan..hehe.


Monday 9 July 2012

Apple Crumble from Delft

Salam for readerss :)

Wah..rajin sgtttttt pulak kite skrg nih nk download gambar masak memasak ke dlm blogg..ewahh. Memanglah masak tiap hari kt rumah, tapi Ya Allah malassss yg amat nk amik gambor..selalunya lepas siap masak terus ngappp!! dah habes..slps itu "ehh yang, kite lupa lah nak amik gambar".. enshek somi tersenyum siniss..

Biasalah duduk rumah sorang2, enshek somi pg sekolah..kene pikir aktvt spatotny, (eventhough skrg nih dah spatutny start study ielts..lepak skjp lah..huhu) kemas rumah cuci ap yg patot..zasss men' tenet' lah skjap, tp pastu tertidox plak.. dlm mimpi tuh teringat resepi Apple Crumble yg amat lah mudah nk buat, haha. Ape lagi cik coxda terussss zasss lagi..amek kunci n start enjin 'basikal' g kedai..keh2. 

Dan inilah hasilnya...

tadaaa!! fressshhhh from oven...


decoration time...sorry quite 'messy' coz i already ate it..can't wait...lalala (yang secepok kaler putih tu adalah eskrem vanilla, the best partner for this kind of desert)
Sekejap saje nak buatnya, tapi fhm2 lah apabila diriku ke De Hoven (satu2nya mall yg berdiri megah kt bumi Delft nih,) selain nawaitu ku yg ikhlass hnyalah utk membeli butter utk dibuat scrummble di supermarket C1000, memang scrummbleeee bende yg lain2 dan sewaktu dgnnyaa..sepatutny x sampai stgh jam, tp dah melarat jadi 1 jam stgh..sape nk jawab mak tom oiii!!

Ok, overall memang senang sgt nk buat..kalau google resepi byk version..tapi cik coxda pilih resepi yang ini, homekreation ..  resepi dah mudah, tapi cik coxda nak lagi muuudahhhh!! wahaha..decorationnya saje buat kite jd terliur

Jika anda berani...sila mencuba!! Hasilnya spt anda telah membuatny bertahun2..hehe. Coobalahhh!!

Sunday 8 July 2012

Nasi beriani kambing bek bek

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu untuk semua,

Eheemmm sajer lah nk post menu hujung minggu cik coxda dgn somi dkt negara orang ni..takdelah hebat mana pun, kompom2 menu2 mak tom, mak jemah, mak uda, mak ngah, kak long hebat2 lagi kan..sekadar berkongsi je lah yer
Time kat Mesia mmg x sempat nk buat 2-3 lauk, satu lauk dulu pun dah kira enshek somi senyum smpai ke telinga, hehe. Time sebelum cuti dulu, JB KL, KL JB setiap minggu memang rasa penat sgt..sbb tue kdg2 x terdaya nk msk mewah2, skrg nih cobalah buat yg terbaik..

Ni gambar resepi beriani kambing spare rib..biasa buat ayam jek..tp sajelah nk letak daging..somi minat kambing bek2, ikut je lah kan..pandainya cik coxda buat beriani???? hahahah memang terrer klu ada perencah segera, klu takde memang mnanggis lah nk buat rempah ratusny tu..kite guna perencah beriani cap IMAN, haaa nama perencah pun imannnn..InsyaAllah sape yg first timer tuh dgn penuh keimanan jadik jugak berianiny tau, keh2. 
Opss lupa nk ckp, perencah IMAN tuh mak mentua yg suggest yer..haha menantu turutkan jer, tp mmg sodapp lah perencahny..klu x turut takut menderhaka pulak yer.. ;)

Untuk daging kite rebus dulu sbb takut liat nk mkn nnt.  Biasa kalau ayam letak terus jer dalam perencah beriani tu..

Menu sampingan cik coxda buat kari telur, request dr enshek somi lahh..kunun2 ganti dalca, sbb kt umah xde terung,,dalca jek ade..ada kuah2 kari baru lah layan kan..

Satu lagi menu yg tgok ala2 budu tuh, cik coxda buat air asam (air asam tuh menu feveret org2 utara time kenduri kendara, lawannya memang sesuai lah lauk pauk spt beriani, masak merah, masak kurma etc..abah kite powerrr msak menu air asam nih, org kmpung menangis kalau abah x masak menu nih time kenduri, hehe) sorry bah kalau menu air asam nih x sesedap n kurang syarat spt yg anakmu menuntut dolu..

Ok, sekadar suka2 nk kongsi..menu ayaq asam nih simple jeks..

- Bawang (potong bulat)
-Cili merah (dihiris)
-Tomato (potong kiub) - optional, abah kite x masuk pown
-Kerisik 
- Air asam jawa - nk letak air limau nipis pown boleh, lg wangi
-Sos cili n tomato
- Sedikit garam

Semua bahan dicampur dan digaul sekali, ada rasa masam masin lemak merdu dan lain2, hehe.

Ok, selamat mencuba for those who's interest dan jemput makan semua... ;)


Nasi beriani kambing, gulai telur n air asam -spt biasa pix makanan akan x mengancam, layann...
yang ni lah perencah nasi beriani, tq imannn!!