CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 22 March 2013

Meat Lof (Lof daging)

crunchy kt luar, moise kt dalam..kalau nak lagi menggiurkan tambah gravy utk mash potatoes tu yer ;)

Kali ni nak share resepi meatlof atau lof daging, coxda ambil resepi ni sebab tengok gambar nampak menggiurkan sungguh, antara resepi-resepi yg coxda searching randomly ;) biasanya coxda suka tengok gambar-gambar resepi dulu, kemudian baru tengok resepi, biasalah jamu mata dulu..buat sendiri kemudian kira..
Resepi ni bukan nee'lofa' jer yg pandai masak tau.. bukan nama lofa pun lagi terer..keh2
Bahan-bahannya mudah dan ringkas dan wajib ada di dapur masing-masing, cuma daging kisar jer kena pastikan ada yaaa.

Menu meatlof ni juga sebenarnya agak berat dan sesuai sangat untuk digantikan menu nasi, ala-ala western lah gitu, sesuai sangat makan dengan kentang putar dan salad (tp coxda x buat salad sbb x sempat lapar punya pasal, kentang pun mcm sayur la jugak kan, hehe) 
Selain itu, meatlof juga boleh dimakan dengan roti burger sebagai bekalan diri sendiri & suami ke tempat kerja dan anak2 ke sekolah (cadangan), letak salad n keju slice memang terangkat rasanya..barulah seimbang dari segi zatnya..(pandai la cakap diri sendri pun malas nk makan sayur..toink!)


Jom semak resepi dik2 non semua..apa apa pun terima kasih kepada kak ummizaihadi yer untuk resepi yang yummelicious ni :)

Resepi asal : ummizaihadi

BAHAN-BAHAN:

500 gm daging kisar (akak guna Ramly brand paket 400 gm je)

2 camca besar rempah kari daging
1 biji telor
60 gm serbuk roti (breadcrumbs)
1 cawan sos piza dalam botol (akak guna jenama Ina Parmaan's - Tomato Pesto)
60 gm keju cheddar - diparut (akak guna je slice cheese, potong n atur)
serbuk lada hitam (akak guna 1 sb. sos lada hitam Life)
garam secukupnya


CARA-CARANYA :
  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  3. Ratakan separuh daging di dalam tin lof ukuran 11 x 21 cm (akak guna 7 x 3 in - x perlu alas loyang.)
  4. Taburkan cheese atas daging (akak susun je slice cheese). Kemudian letak baki daging tadi dan ratakan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit. (*akak kasi garing sikit..hehe)
  6. Keluarkan dari oven bila cecair terbit dan biar selama 10 minit.
  7. Bila sejuk, boleh dipotong untuk dibuat sandwich atau dimakan dengan salad kentang. Best jugak jika dibawa berkelah 


Wednesday 6 March 2013

Sup Tulang special




Assalamualaikum semua
Entry masak kali ni coxda nak update resepi soppppp tulang..
Biasa kalau masak bab sup ni bahan wajibnya adalah sup bunjut atau sup perencah kan..tapi time semangat nak buat tu baru perasan stok sup bunjut M'sia dah habis..aduyaii yai
mulalah menggelabah nak masuk cmno sup bunjut habes senah oii..
jadi kene la menggugel, harap semua rempah ratus yg perlu ada..
kalau kat M'sia ni sanggup post pond esok sebab kena bali sup bunjut dulu..hehe 
Di sini x dapek la yoo..
Jadi dapatlah satu dari resepi mat gebu nih (tengok bahan2 tibe2 teringat mak kat kampung selalu bahan2 ni la die masukkan dalam sup, dulu tau makan jer, skrg baru la nk refresh balik daya ingatan tu)

BAHAN BAHAN (Resepi Asal: Mat Gebu)

1.2 kg tulang lembu
1 pokok daun ketumbar (hiris kasar)
1 kuntum bunga lawang, 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga
2 1/2 inci halia*
5 ulas bawang putih*
1 camca besar bawang goreng*
3/4 camca besar lada hitam*
1 camca besar penuh biji ketumbar*
3/4 camca teh jintan kasar*
3/4 camca teh jintan halus*
(* dikisar halus)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup (hiasan)
Bawang goreng (hiasan)

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Tulang lembu dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk, masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga bersama2 bahan kisar halus dan juga daun ketumbar. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renih hingga daging lembut dan mudah ditanggalkan dari tulang (mungkin 1 atau 2 jam). Jika air berkurangan, tambah dengan air panas.
  2. Perasakan dengan garam, dan masak lagi sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama mee hoon, mee kuning atau nasi impit...
  3. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk sup dalam periuk tekanan, tuang air sehingga menutupi bahan2 tadi. Tambah garam sedikit, kacau dan masak. Bila periuk bunyi ber"desir", kecil kan api dan masak selama 25 minit. Padamkan api, angkat periuk dan letak dibawah air mengalir sehingga hilang bunyi desiran. Buka dan kalau perlu tambah air sebagai kuah dan juga garam secukup rasa. 

Selamat mencobaa ;)
Kalau yang dah biasa meng 'sup' nih lebih afdol coba resepi sup yang lebih advance gitu..yang ni basic punya sup untuk first learner cm coxda..ap pun makaceh abam mat gebu utk resepi sop yg enak ini 


Cadangan menu tambahan, oren kunun bagi potong skit lelemak tu heh