CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 3 April 2013

Home made SUSHI


Sushi saiz tinggi..home made saja mampu buat cmni

Entry kali ni coxda nak share resepi atau cara nak buat sushi,
simple tp sedap rasanya..tp sesiapa biasa makan sushi kt luar mesti tahu perbezaannya kan?? coxda dah lama x makan sushi kt luar nih..mmg kene buat sendiri la. Di sini ada jugak kedai yang offer sushi halal tapi harga sangat menjulinggggkan mata..jadi kaedah terbaik dan berjimat adalah buat sendiri, asalkan dapat salmon yang segarrrr cukup utk mengikat anda untuk buat sendiri dan makan sampai lebam, hehe. Credit to my kawan kat sini yang ajar kami isteri2 muda (ceh perasan) tutorial cara nak buat sushi.. tq noraa!!

Alhamdulillah..bahan2 nak buat sushi semuanya ada..cuma kena pastikan kehalalannya saja especially hok cuka beras, bukan apa biasanya bhn dalam cuka tu dimasukkan alcohol sedikit, jd be particular utk perantau2..M'sia pn kene pastikan juga. Bila di sini kewajipan sebelum membeli barang adalah melihat ingredient dahulu terutamanya yang melibatkan kod-kod emulgator tu..memang agak lambat, tp utk brg yang biasa di beli sauk terusss!! kami yang berada di Netherland ni memula sampai memang tensen sikit bab beli brg sbb kena translate kandungan bahan..ahhh sgtla lambat, tp bila dah lama dah biasa dengan nama2 bahan..kerja enteng maka saukan lg lebat lahh..heheh


Bahan-bahan membuat sushi, potong siap2..sekejap sudah dpt satu roll

Ok antara bahan2 membuat sushi adalah seperti berikut:

BAHAN-BAHAN UTAMA:

Kepingan rumpai laut
Beras jepun (berkanji seperti pulut)
Cuka beras (rice vinegar)
Perahan lemon (sekiranya menggunakan salmon untuk inti)
Rolling mat (untuk gulung sushi)
Soy sauce n wasabi (bahan pencecah)

EKSESORI INTI:

Hirisan salmon, hirisan timun jepun, hirisan telur dadar, crab stick, dll
(bergantung pada kegemaran masing2..telur dadar dgn timun pon sodapppp, coxda buat salmon n timun jer sbb pak enshek suko hok ni)


CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh beras jepun dan tanak mengikut sukatan air yang tertera pada plastik bungkusan
2. Apabila nasi sudah masak masukkan cuka beras mengikut rasa yang dikehendaki (biasanya coxda suka ada masam2 skit, jadi letak lebih). Biarkan seketika
3. Ambil sekeping rumpai laut dan bentangkan di atas rolling mat tersebut. Kemudian, masukkan nasi tadi (kaedah seperti membuat pulut inti) Sekiranya mahu sushi saiz slim2..letakkan sedikit shj nasi dan tekapkan dgn sudu supaya rata
4. Sekiranya inti salmon, rendamkn sekejap ke dalam mangkuk perahan lemon (sekali lalu shj) jangan terlalu lama nnt hilang rasa salmon dan letakkan di atas nasi td, diikuti dengan hirisan timun jepun
5. Gulung dan padat2kn nasi dan inti dengan rolling mat (biasa kalau nasi masih panas senang untuk melekat di bahagian hujung, sekiranya x lekat ambil sedikit air utk lekatkn di hujung)
6. Taraaa..dah siap..pasni boleh potong2 dan cecah dengan soy sauce n wasabi, xde pon xpa..da sedap nih ala2 sushi kinggg, heh

nasi yang sudah dimasak dan dicampur dengan cuka beras, masak dgn rice cooker senang skit

Nasi yang telah di penyek penyekkan dengan sudu 

Rupa paras setelah siap, sushi roll..taraaa!

Salmon kurang freshhh..tp boleh laaa ngappp!


No comments:

Post a Comment