CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 24 April 2013

Burger Malaysia yuummeh!!!


Taraa..sesiapa duduk di oberrrrseaaa musti teringin sangat2 nak makan burger malaya ni kan..confirm punya. Coxda paling frust bila xde kedai jual berger spesis ni kt sini, hehehe. Oleh hal yang demikian, kena la korek resepi dan buattttt!!
Seperti biasa rupa out dan teknik gambar lagi lah out kuasa berganda, tetapi rasanya..Alhamdulillah..memang menjadi dan lembut sangat walaupun dah sejuk. Respi ni xyah guna shortening pn a.k.a lemak sayur. Memang semestinya cari resepi yang kalau boleh bahan2nya guna yg basic n ringkas saja. Celah mana lah coxda nk korek shortening kt sini kalau ada pn semestinya x kompiden halal.
My mom kata kuih2 menggunakan yis ni kalau nak rupa paras kuih yang cantik dan licin bab menjaga api ketika menggoreng amatttttlah penting, supaya luar dalam masak sekata. Kalau api kuat, luar cepat hangus dan dalam tepung x masak. Mana2 kuih pn sama jugak lah kan kekdahny ni.
Satu lagi kita ni kalau nak buat kuih2 berinti ni mesti malas kan nak buat inti, nak2 buat sambal bilis yang memerlukan masa yg agak lama utk masak.Jadi buatlah sehari awal..tp coxda x suka buat awal sbb nnt kuahnya akan kering, malas nk adjust pulak ;)

Jom semak resepi!

(Resepi Asal: MY RESEPI -Yani)

BAHAN-BAHAN

200gm tepung gandum*
140ml susu segar/air*
2 sudu besar butter/majerin*
21/2 sudu besar gula halus*
1/2 sudu kecil garam*
2 sudu kecil yis segera*
Minyak utk menggoreng
Sambal ikan bilis dan timun


CARA-CARA


1. Masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mangkuk dan diuli sehingga tidak melekat di tangan. Doh dibiarkan sehingga mengembang 2 kali ganda
2. Kemudian setelah doh mengembang dengan sempurna tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 8 bahagian dan buat bentuk bulat.
3. Biarkan doh naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas sehingga kekuningan
4. Setelah masak belah dua roti tadi tapi jangan sehingga putus dan disikan dengan sambal bilis dan hirisan timun nipis

Mudahkan resepi ni, campak saja. Kali ni coxda buat dua adunan, senang sebab guna mesin, hehehe. Kalau mesin tangan mmg x larat la nak menguli.
Satu lagi sebelum goreng kene penyekkan sedikit doh yg naik td supaya  hasilnya tidaklah menjadi bulat sangat dan senang nak isikan sambal dan timun tadi. 
Jadi...
Selamat Mencuba :)

Coxda buat saiz comel2 jer, sedap nak ngapp!

Doh yang dibiarkan kembang sehingga naik dua kali ganda

Doh yang telah dibulat2kn, coxda buat dua adunan sekaligus sbb nak bagi kt kawan.

Hasil selepas di goreng, kalau nak cecah dgn gulai kari pn sodap nakk!! heh


No comments:

Post a Comment