CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 21 July 2012

Karipap Kentang

Semalam hari pertama berbuka, jeng2 coxda buat  karipap2 cintaaaa, haha.
Serious...first time buat, dan first time x beli karipap time bulan puasa dan bulan x puasa..ngee
Aktiviti biasa meng gugel resepi dapat dari blog kak ina kl (many thanks for the blogger)

Inilah hasil yang berjaya dituai...

bukan karipap dah nih, kepap rsny..huduh benorr nampak, maklumlah tanpa acuan, mengelim pun sampai berpusing2 bdn tau...

Hasilnya, boleh lah kak jahhh!! nak makan sendiri..tapi pastrinya baguss sekali, rangup, x sia2 tangan menguli sampai jadik lembik (penat yer uli doh karipap nih) patot lah karipap mahai..phm dah..apa pun thanks pd blogger kak ina

Jom semak resepi dari blogger :


Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum (coxda buat half sajer)
2 sudu besar mentega/marjerin 
2 sudu besar minyak masak

Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.

Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 1 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging/ayam kisar
  • 1 stok ayam 
  • 1 biji bawang besar*  
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. 
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
Ok, silakan cuba bagi first timer, kesusahan membuat home made karipap hanya pembuatny saje yg tahu :)
Orang2 Mesia buka apa yer di hujung minggu?? Selamat berkunjung ke bazar Ramadhan n kirim salam saya pada penjual martabak, popia goreng n basah, pakcik juai cendol, kakak jual ayam percik dll :(
Sayonara...










3 comments:

  1. versi tingin ler tuh...hihihi. Wah dh pandai buat karipap...kena blaja lagi camna nak jadikan kulit karipap tuh licin...:)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..alhamdulliah jadi gak karipap di perantauan. Kalau duk luar negara ni memanglah rajin kan..cuba duk kat malaysia..beli ajerlah yang paling rajin.

    oh yer..kalau nak kulit licin gunakan api perlahan masa menggoreng

    ReplyDelete
  3. Kak ct - haha, sbb teringin lah kak ct, teringat2 karipap akak bagi dolu b4 g rombongan..huhu

    Kak Lina - owh ye ker, tq kak. Terpaksa rajin sbb dah pandai nk makan mcm2 skrg nih, mesia mmg kompom2 beli jer ;)

    ReplyDelete