CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 6 March 2013

Sup Tulang special




Assalamualaikum semua
Entry masak kali ni coxda nak update resepi soppppp tulang..
Biasa kalau masak bab sup ni bahan wajibnya adalah sup bunjut atau sup perencah kan..tapi time semangat nak buat tu baru perasan stok sup bunjut M'sia dah habis..aduyaii yai
mulalah menggelabah nak masuk cmno sup bunjut habes senah oii..
jadi kene la menggugel, harap semua rempah ratus yg perlu ada..
kalau kat M'sia ni sanggup post pond esok sebab kena bali sup bunjut dulu..hehe 
Di sini x dapek la yoo..
Jadi dapatlah satu dari resepi mat gebu nih (tengok bahan2 tibe2 teringat mak kat kampung selalu bahan2 ni la die masukkan dalam sup, dulu tau makan jer, skrg baru la nk refresh balik daya ingatan tu)

BAHAN BAHAN (Resepi Asal: Mat Gebu)

1.2 kg tulang lembu
1 pokok daun ketumbar (hiris kasar)
1 kuntum bunga lawang, 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga
2 1/2 inci halia*
5 ulas bawang putih*
1 camca besar bawang goreng*
3/4 camca besar lada hitam*
1 camca besar penuh biji ketumbar*
3/4 camca teh jintan kasar*
3/4 camca teh jintan halus*
(* dikisar halus)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup (hiasan)
Bawang goreng (hiasan)

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Tulang lembu dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk, masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga bersama2 bahan kisar halus dan juga daun ketumbar. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renih hingga daging lembut dan mudah ditanggalkan dari tulang (mungkin 1 atau 2 jam). Jika air berkurangan, tambah dengan air panas.
  2. Perasakan dengan garam, dan masak lagi sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama mee hoon, mee kuning atau nasi impit...
  3. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk sup dalam periuk tekanan, tuang air sehingga menutupi bahan2 tadi. Tambah garam sedikit, kacau dan masak. Bila periuk bunyi ber"desir", kecil kan api dan masak selama 25 minit. Padamkan api, angkat periuk dan letak dibawah air mengalir sehingga hilang bunyi desiran. Buka dan kalau perlu tambah air sebagai kuah dan juga garam secukup rasa. 

Selamat mencobaa ;)
Kalau yang dah biasa meng 'sup' nih lebih afdol coba resepi sup yang lebih advance gitu..yang ni basic punya sup untuk first learner cm coxda..ap pun makaceh abam mat gebu utk resepi sop yg enak ini 


Cadangan menu tambahan, oren kunun bagi potong skit lelemak tu heh

No comments:

Post a Comment