CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 10 January 2013

Tuna Pastry Puff

Seperti biasa yang ini adalah menu semalam..makan puff la pulak kite yer, sebenarny ini kali pertama buat sendiri..dah lama berhajat nak buat cuma x terbeli pastry nya itu. Hmm pastry berlapis ni coxda beli kat kedai runcit polat (morocco), kat pasaraya besar x pasti ada jual ke tidak. Sebenarnya zaman sekarang banyak menu yang mudah simple dimpel ni..nak makan pastry beli yang sudah ready..x payah berhempas pulas nak menguli, just buat inti sajahh. Jadi bila balik malaya nanti nak sambung keje balik, penatkan keje kene try alternatif cmni..dulu sbb x tau dan x ingin tau tajukny, heh

Kerangupan terserlah walaupun wajah tidak seindah mana..yg penting rasa..rasa yer

Jom tengok bahan2:

Pastry Puff
Tuna dalam tin
1/2 biji bawang besar (cincang halus)
Perahan jus limau kasturi *
Mayonies *
Serbuk lada hitam *

*Sesuka hati nak letak banyak mana..nak rasa berlemak n berkrim dan nak kolesterol up letak la mayo lebih sikit yer

Cara-Cara:

1. Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian (bergantung pada saiz pastry anda, coxda botong 4 sebab just nice for da size, tak besar dan tak kecil sangat)
2. 1 bahagian dikelar (x perlu kelar banyak..ikut kesesuaian, coxda kelar 4), manakala 1 bahagian lagi dimasukkan inti tuna
3. Tutup inti tersebut dengan bahagian pastry yang dikelar tadi. Kemaskan tepi pastry. Gunakan hujung garfu untuk kesan yang lebih menakjubkan, heh
4. Alihkan atas dulang, nak cantik dan nampak shining pastry sapukan permukaan atas pastry dengan kunig telur yer 
5. Kemudian bakar pada suhu 200 atau 180 celcius selama 25-30minit (bergantung pada kesesuaian oven anda)

Senangkan. Mudah dan lazat. Sebenarnya kalau orang dah biasa buat pastry simple cmni x payah nak refer mana-mana resepi. Tapi macam coxda dis is my first time..eceh. sebab nak tengok cara lipatan pastry tu cmno..selak la jugak cik gugel. Coxda suka cari resepi yang detail..jadi terpaut pada resepi kak ct delima nih.. 

Kebanyakan resepi yang ada dalam nih kebanyakan mungkin outdated..heheh sebab ini bergantung pada tokak eden nak makan gapo, nak resepi yang first keles terkini n tiptop memang kene check blog mat gebu dan rakan2nya lah kan..heh. 

Sebelum masuk oven..coxda kelar memanjang..nak cantik skit yg menegak tu, keh2..sesuko hati ak sajahh

Wajah selepas di solek dalam oven..kuning keemasan..terbayang kerangupan disitu

Ini la pastry yang coxda guna..nak cari pastry ni pon terhegeh2..nak masak lagi la terhegeh2..aduyai

Selamat mencuba utk rakan2 first learner !

No comments:

Post a Comment