CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 2 January 2013

Bun Kentang/ Sweet Potato Bun


Doh ni memang besor bagak..sepatutnya kalau nak buat saiz sederhana boleh muat dalam 8 or 10 gitu..hehe..tp bekas coxda kicik jadi bagi muat-muat 6 ketui..seketui boleh kongsi 2 org, hehe

Hari ini lunch kami merangkap makan malam kami adalah berupa roti sahaja..memandangkan banyak baju yang perlu dibasuh dan disidai termasuk stok baju semalam yang perlu disidai lagi (hmmm..al maklum da masuk winter nih..cuaca memang sejuk, hujan lak tu..pakai baju pon kene jimat cermat sbb nk kering susah) lalu terhasillah bun kentang manishhh hasil belekan resepi dari internet. Sebenarny dah lama dah coxda teringin nak buat lagi..dulu kali pertama buat agak keras sedikit dohny..mungkin tangan x berapa gagahh nak uli..hmmm nasib baik enchek bos x bising..tp ok la dah breakfast berat pagi tadi dengan nasi goreng sambal belacan dan ayam goreng. 

Tapi sejak ada alat permainan baru ni senang sahaja nak uli, lambak dlm bekas uli la sendiri..Alhamdulillah memang senang..memudahkan n mencepatkan pekerjaan. Tapi lepas adunan dah diuli sebati still kene touch up uli dengan tangan jugak bagi memastikan samada doh tu lembik sgt or keras sangat..ternyata mesin x dapat menandingi rasa dan sentuhan tangan ciptaan Tuhan. Subhanallah.

Seperti yang coxda baca dalam kebanyakan blog masakan biasanya bagi sesiapa yang first timer nak buat roti ni kena wajib 100% ikut sukatan yang diberikan, pendek kata jangan ler memandai oter oter naa..sbb nnt takut jadi terlembik la..pastu letak tepung terlebih dan terkeras pulak. Jadi untuk new learner bab2 doh ni termasuk la shayee kite belajar dulu yer..nnt da lama baru kite dapat agak mana part yang oter. Ok 

Resepi ni coxda dapat dari blogger cumel raihannavanilla

BAHAN-BAHAN

Doh:
135 ml air dari peti sejuk
3/4 sudu teh garam
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar.. 1/2 lagi untuk sapu permukaan roti)
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 gm tepung roti/tepung protein tinggi/tepung gandum
1 sudu besar susu tepung 
80 gram gula 
2 sudu teh yis segera

Kastard (adunan kastard coxda ambil dari resepi kwn) :
135 ml susu cair/ susu segar
2 sudu besar tepung kastard

setitik vanilla essence
1 sudu besar gula pasir

1 sudu besar butter

CARA MEMBUAT DOH & KASTARD
1. Kesemua bahan digaul rata, sama ada diuli tangan atau menggunakan mixer
2. Uli sehingga menjadi doh dan elastik, sekiranya doh terlembik tabur sedikit tepung (agak-agak senang dibentuk, jika tepung terlebih takut doh menjadi keras)
3.Tutup doh dengan kain lembap dan biarkan doh naik dua kali ganda 
4. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin (time ni kalau nak lepaskan tensen molek nau, haha)
5. Bulat-bulatkan doh (sapu mentega pada tapak tangan untuk mengelakkan doh dari melekat)
6. Tutup doh dengan kain lembap untuk menaikkan doh dua kali ganda lagi
7. Sementara menunggu doh naik, bolehlah bancuh adunan untuk kastard. Campur kesemua bahan dan dikacau rata. 
8. Kemudian, panaskan adunan kastard dengan api yg kecil dan sentiasa kacau bagi memastikan adunan tidak berketul. Kacau sehingga likat.
9. Matikan api, dan masukkan butter dan sedikit esen vanilla. Biarkan sejuk
10. Adunan doh yang naik td disapukan dengan sedikit telur pada permukaannya dan pipe kan adunan kastard tadi.
11. Tadaaa..sedia untuk dibakar pada suhu 180 celsius selama 25 minit (masa bergantung pada jenis oven)

Ok, selamat mencuba semua. Jangan takut untuk mencuba esp. resepi-resepi yang melibatkan doh ni..cuma leceh n renyah sikit laa sbb kene tggu doh naik smpai dua kali pulak tu. Coxda pun baru nak cobaa..sekurang-kurangnya terlerai la rindu nak makan bun kentang mcm di giant or jusco msia..huuuu rindu!
Alhamdulillah boleh buat bekal utk enchek bos esok g sekolah..duiiii!

Inila rupa bun dari dalam..mmg lembut dan gebu

Ini pula rupa paras tepi bun..nampak x kastard meleleh tepi tu..sori tgn coxda x bedung time kecik ;)




No comments:

Post a Comment