CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 29 January 2013

Salju Pavlova


Ewah kemain nama salju pavlova..sebenarnya coxda buat pavlova ni sempena musim salji yang melanda bumi Netherland sejak sebulan ni..sebab tengok salji putih bersih teringat resepi pavlova yang banyak kat internet ni. Selalu coxda sangatlah ketinggalan, sekarang ni ramai dok menggila buat durian crepe zaman pavlova da berlalu..heheh..haku jugak yang dok tergehe gehe nk buat pavlova. Tapi xpa lambat xpa yg penting kita coba..yer x?

Biasa gugel resepi pavlova kebanyakan sama cuma kuantiti tepung jagung sahaja berlainan, ad yang satu sudu, ad yang dua sudu..tapi hasil sama sahaja..hmm x pasti, yang pasti tepung jagung seperti ejen untuk merangupkan gitu..

Resepi ni coxda ambil dari page abg mat gebu..


BAHAN-BAHANNYA
4 putih telur (telur gred A)
1 cawan gula halus 
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga

CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. 


Ini rupa pavlova sebelum dibakar, hasil gabungan putih telur dan gula etc

Selepas dibakar..sangat ranguppppp sekali (abaikan bahagian yg cacat sbb cokda sudah ngap..konon nak rasa)

Taraaaa..topping kat atas coxda guna ready whipping cream, malas nk mixer ori cream..buah2han lak x cokop, ap yang ad kt gomah sajah, x menarik sbb xde kaler merah cm strawberi


Resepi ni coxda buat half adunan shj, sbb just nk try dulu..takut kalau buat full adunan x jadi sayang saja..membazir namany. Nmpakny boleh tahan tiptop pavlova ni, jadi boleh buat yang saiz mega punyo, hehe. Untuk whipping cream coxda rasa kalau nak makan terus boleh straightly letak, tapi kalau xnak makan lagi jgn letak cream tu awal2 sbb nanti takut cream tu cair, mcm x feel lak yer makan..pavlova lak boleh simpan dalam bekas kedap udara supaya kerangupnnya terpelihara, ecehh!

tengok snow tu mcm pavlova kan?? ehehe

No comments:

Post a Comment