CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 15 January 2013

Kek Tiramisu versi kachiang! (mudah)

Kek Tiramisu versi tipuu..tp rasa heeebat!


Setelah sekian lamanya..akhirnya berjaya jugak buat tiramisu kachiang nih..kachiang tu kacang yakni mudah dan senang lah, haha.
Tapi awas..bagi para pemegang 'diet' sila jangan mencoba resepi ini, sebab kadar lemak manisnya akan merosakkan diet anda.. ;)
Bahan utama semestinya cream cheese, di sini hargany murah dan sebab itu coxda cuba mengawal keinginan yang melampau untuk makan desert sebegini. Di Malaysia harga cream cheese mungkin agak mahal tapi sesekali mencuba buat sendiri apa salahnya..of course tidak sehebat tiramisu sekret recipe kan.. tapi rasanya ada yer..yang penting rasany..rasanya yer..hehe. Sesuai sangat dinikmati bersama keluarga di hari minggu yang panas membahang, ngeee

BAHAN-BAHAN
200 gram cream cheese 
200 gram whipping cream (di Netherland disebut 'Slagroom')
180 gram gula halus (nak kurangkan pun boleh)
Biskut jejari (ikut saiz bekas)
Secawan air kopi/nescaffe (tiada gula)
Serbuk koko (untuk ditabur di permukaan)

CARA-CARA
1. Cream cheese + whipping cream + gula dipukul sehingga kembang
2. Biskut dicelup ke dalam air kopi (coxda celup separuh sahaja untuk elakkan biskut terlalu lembik) dan susun molek-molek ke dalam bekas untuk lapisan pertama
3. Kemudian masukkan adunan cream cheese tadi pada lapis pertama
4. Ulang lapisan dan cream cheese mengikut saiz bekas anda
5. Setelah siap lapisan terakhir, ayakkan serbuk koko pada permukaan lapisan . (coxda suka buat lapisan koko tebal sedikit sebab ketika makan kita akan rasa pahit dan manis sekata)
6. Simpan seketika ke dalam peti sejuk untuk hasil yang lebih memuaskan :)

*kuantiti yang coxda guna sesuai untuk bekas yang sederhana besar untuk dibuat 3 lapisan, jika mahu cream lebih buat lapisan yang tebal dan kurangkan biskut.

Kachiang kannn resepi tiramisu nih? Kalau nak guna kek chiffon /span pon amatlah digalakkan..teksturnya lagi sodap rasany..sini sebab nak beli kek siap mahai bebenor dan halal pun belum tentu. Nak buat kek span sendiri lagi la malas, huhu. Jadi mari kita gunakan alternatif yang ado..jadi, Selamat Mencoba!


Kene ambil dengan sudu..bukan tiramisu sekret respi yoo yg boleh gunaa pisau kek..heh


cream cheese dan slagroom gabungan yang mantop

Biskut jejari yang coxda guna..klu kt mesia lagi syiok guna sponge cake yer..

No comments:

Post a Comment