CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 15 July 2012

Kek Coklat Moist di rantau orang

Salam readers..





Tengok apakah objek di atas tu?? terliurrs x?? hehe
Pada hari minggu yang berbahagia ini, menjadi juga sebuah kek coklat lembap yang di idam idamkan selama ini, kalau dulu kite rasa nak makan kek coklat, pergi sekret respi jer, lagipun bukan nak makan banyak...sepotong pun jadi lah, sebab kek jenis ni kalau makan banyak2 jadi muakk kan, tapi disebabkan kehidupan di sini wpun untuk membeli sepotong kek di kedai bakery agak tidak terjamin kehalalannya, maka langkah terbaik adalah terpaksalah buat dan terpkasalah makan sehingga lebam. Huuu
Nak buat camno, nk buat saiz sukatan kecil, loyangnya besar gajah ;)

Semalam kite n rombongan Malaysian Delft pergi ke jemputan walimah anak pak imam kat Delft ni kahwin, pak imam ni berasal dari Patani tapi sudah lama menetap di sini, namanya Ustaz Hisyam. Nanti coxda share cite pasal kenduri akad nikah for the next entry nanti ok. Cuma majlis akad nikahny sama saja macam kita di Malaysia..tapi... tungguu! heh

Biasalah resepi kek shoklat ni adalah hasil 'googelan' lah kan, lepas tu adalah satu respi yang berkenan di hati. Zaman dahulu selalu gak buat, tapi kite kukus..dan resepi pon x hengat..jadi abaikan, kite cari respi baru. Lagipun respi tu bukan warisan nenek moyang, haha

Ok, sesiapa nak cuba coba try resepi nih...


Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir   (kite buat setengah jer sbb taknak manisshh sgt)
1 cawan gula perang
Bahan A1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Topping 
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak (kite ganti dengan butter)
Cara-cara:
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sehingga nampak likat dan shining

*Resepi ihsan dari blog anakku soleh.com. Terima kasih kak..

Ok, jom layan gambar yang x berapa 'gah' nih..


Siap! tapi agak kering kat luar sbb mungkin terlama skit dlm oven, tapi dlmny still ok ;)

Kek setelah di letakkan topping, agak menggiurkan dari pandangan sisi, kui2

Nak mengada ngada lagi taburkan coklat rice di atas, ewahh. Coxda xnak letak banyak sgt takut manishhh

Inilah Kek Coklat Moist first time di perantauan :) sepotong ni pun jenuhhh nak habiskan..huuu


Syukurlah dapat resepi yang guna topping cocoa powder, kebanyakannya nak guna choc bar. Di sini x jumpa pun choc bar yang biasa orang buat topping. Dah tawaf semua supermarket kt Delft nih, xdak..nak cari cocoa powder pun bercinta jugak, last2 dapat jugak yang brand van houten, ok sgt2


Hmm..kek suma dah siap, just ada satu masalah. Siapa yang nak habiskannya ni yer..oww kite n enshek somi memang x akan habis..jadi tajuknya esok kek ini akan di faraidkan di ofes enshek somi dan sewaktu dengannya, hahaaaruss lah habiss! Org Dutch biasa mkn kek2 ni..


Sekadar berkongsi adab2 memasak dalam blog anakku soleh.com ni jugak :



  1. Apabila memasak, seelok-eloknya kita berada dalam keadaan wudhu’.
    *Sekiranya ibu-ibu terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka sangat-sangat ditekankan untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum  memasak.
  2. Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak.
  3. Berzikirlah sewaktu sedang memotong, mencedok, mengacau dsb. Elakkan daripada mengumpat atau melihat perkara maksiat sewaktu sedang memasak.



Semoga kita dapat mengamalkannya, Insyallah menjadi saje resepi ny nanti


Ok, sampai sini shj..daa!


Selamat mencobaa! :0)

2 comments: