CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 24 July 2013

Mee Bandung ala2 Muor


Ini antara resepi yang coxda buat lastweek, x sempat nak upload masuk blog yg ala2 nak bersawang ni, hahah. Ni namanya resepi Mee Bandung ala2 Muor, bukan priorly Muor lah kot rasa sbb yg buat ni pon bukan org Muor kenn... Tapi bahan2 asas mee bandung ni mmg ada. Bagi coxda resepi aneka jenis mee ni antara yang senang dibuat, mana taknya main campak je semua dalam periuk, lepas tu seimbangkan rasa manis masin pedas skit2. Penulis dalam blog ni ada bagi tip penting:  Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
 Haa kena ingat tu.. ;) Apa-apa pun terima kasih x terhingga kepada tuan punya blog, kalau ikut step2nya memang shedappppp! terasa kemuorannya, Cuba yer!


Resepi asal : Asap Dapur

BAHAN-BAHAN

1 kg mee kuning10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
½ cawan udang hidup1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individualpreference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


CARA-CARA

1.    Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2.    Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3.    Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4.    Masukkan sos tiram
5.    Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6.    Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat




Tip: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan)

1.    Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2.    Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3.    Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4.    Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5.    Hidangkan.



Cucur Kembong @ Bantal


Haa..saja coxda letak gambo sebesor2 alam resepi cox kembung @cox bantal nih, sesiapa yang view boleh tengok tekstur cucux nih..x berapa kembung tapi gebusssss..hahah.

Di sebelah utara kami panggil cucux nih cucur kembung, di bahagian lain ada jugak panggil cucur bantal, dan ada jugak org utara panggil ni cucur pak tongko, kelakor pun ada nama nih..tp nyata bahan2 membuatnya adalah sama. Biasanya dimakan dengan kuah kacang, jadi rajin2kanlah membuat kuah kacang kalau nak makan dengan cucux nih, tapi ada jugak yang suka cecah dengan kauh kari, dalca dan menu berkuah lain. Yelah, cucux ni pun rasanya plain2 mcm roti sesuai sangat di cecah dengan menu yang berkuah.

Mak di kampung memang biasa buat cucux ni untuk breakfast especially time kami adik beradik berkumpul balik bercuti, makan cucux nih ramai2 mmg lajulah suapan, sampai x cukup, padahal mak dah double kan adunan. Paling hantu cucux ni abang chik coxda. kalau cucux ni setiap hari pun laju dia mengadap. Kadang2 coxda suka makan dengan susu pekat manis, nak2 time cucux ni masih panas2, huhhhh memang terangkatlahh. 

Nak rasa?? kalau nak rasa memang kene try buat lah, hehe. Time puasa ni kalau xmau makan nasi, berkehendakkan menu kuih yang mengenyangkan bolehlah cuba buat kuih ni. Sangatlah sedap dimakan ketika panas2, omakaihhh..

Untuk resepi kuah kacang, coxda cari yang paling simple nak buat. Sbb nak buat yang sedap skit malehh la plakk, huhuu. Gugel yaa ;)

Resepi asal : Permata Hati

BAHAN-BAHAN

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis kering
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil garam
1 biji telur
1/4 cawan (utk menguli)

CARA-CARA

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas
2. Uli adunan sehingga licin dan simpan doh selama 1/2 jam
3. Canaikan dan potong mengikut kesesuaian.
4. Goreng dengan api sederhana besar.



Rupa paras doh yang di canai dan potong sesuka hati

Sedang rileks berendam dalam minyak panas, hehe

Tadaaa..hasilnya. Lihat tekstur dalam kuih. Lembut bukan??


Sedia utk dimakan..aumm!



Thursday, 18 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan di bumi asing

Salam Ramadhan untuk semua muslimin muslimat seantero dunia. Sedar x sedar dah tahun kedua coxda n suami berpuasa di muka bumi Netherland ni. Alhamdulillah..walaupun puasa di sini agak panjang iaitu lebih kurang 19 jam namun syukur berjaya kami harungi. Mengimbas kenangan puasa kali pertama di sini tahun lepas, rasa panas n keringnya tekak aduyaiii hanya Allah yang tahu terutamanya di hujung2 Ramadhan. 

Alhamdulillah tahun ini suhu di hari pertama tidak terlalu panas malah berangin pula. Berkat Ramadhan agaknya. Seminggu sebelum puasa suhu sekitar memang amat2 panas dgn matahari tegak atas kepala, kira-kira 24-25 celcius. Org Msia tgok suhu bwh 30 ni gelak agaknya, ikutkan di Msia suhu bwh 30 celcius dah sejukkan..tp di sini sangat2 berbeza. Panas membahang dan tiada angin, tahun lepas puasa hari pertama mmg panas ekstrim dan tida angin, bygkn lahhh..mmg Allah nak duga kami di sini.

Sebenarnya ada sedikit kekeliruan kami di Nederland ni untuk menentukan tarikh hari pertama puasa samada jatuh pada hari Selasa atau Rabu. Huuuhuu....kalau puasa hari Selasa samalah seperti tahun lepas, kami di sini puasa sehari awal dari Msia. Pihak kedutaan pun ada mengumumkan puasa jatuh pada hari Selasa. Maka kami Msian confident lah puasa esoknya.

Biasanya di Nederland, untuk menentukan hari pertama Ramadhan mereka akan melihat negeri2 berdekatan samada Perancis atau Jerman yang mana komuniti Islam lebih ramai dan terdapat jawatankuasa bertindak untuk menentukan tarikh mula bpuasa. Kawan suami maklumkan komuniti Islam di Perancis katanya puasa pada hari Selasa, jadi coxda n suami dan rakan2 Msian lain dengan penuh kompiden akan bpuasa pada keesokan harinya. Tetiba ada rakan kami lain ckp masjid Morokko di sini announce puasa bermula Rabu sbb mereka ikut Arab Saudi..sudahhh..konflik jadi kami semua. Masjid Turki cakap pulak puasa hari Selasa. Di UK puasa hari Rabu sama spt d Msia. Hehehe. Aduuuuuyai. Lain masjid lain hari puasanya..ish2. Kawan cik somie dari Iran lagi blurrr..katanya ikut Iran puasa hari Khamis. Adeh!

Ada kawan hantar message kpd sorg pakcik Moroc ni tnya bila puasa dia kata mula hari Rabu. Makanya kami Msian sini bersepakat puasa hari Rabu, sementalahan pula kami di sini agak dekat dan rapat dengan org2 Morocco yang biasa akan refer pada Arab Saudi. Dipendekkan cerita kami Msian pun puasa bermula Rabu sama seperti di Msia cuma kami puasa 19 jam shj, heheh, bayangkan jam 12 tgh mlm lebih kurang baru kami boleh decide puasa hari Rabu. Lauk pauk yang sudah masak untuk juadah sahur terpaksalah postpon sarapan pagi esoknya (al maklum puasa hari pertama bukan main semangat masak pelbagai juadah sahur), agak geli hati jugak bila pikir situasi kami, atee udah macam nk tgok anak bulan raya, heheh. Apa nak buek..

Inilah antara pengalaman2 hidup di negara asing yang coxda rasa betapa bertuahnya kita lahir dan tinggal di negara Islam, semua ibadah dan peraturan adalah disepakati oleh badan bertanggungjawab. Semuanya tersusun cantik dan siap ada penyimpan mohor besarrr lagi buat pengumuman lagi di kaca televisyen. Nah..nyata antara nikmat dan hikmat yang wajib kita semua syukuri khususnya Malaysian Muslims tentang keberadaan kita sebagai umat Islam yang tinggal di negara Islam yang aman makmur. Alhamdulillah. Duduk di negara org ni juga, lagi jelas..ini negara kapirrrr (enshek somie selalu ckp cmni) mmg beginilah situasinya, ibadah rukun itu wajibbb walau dengan apa cara dan walau berada di kordinat dunia mana sekalipun, walaubagaimanapun kita ada rukhsah, yakni sekiranya x boleh beribadah secara lazim..kita ada alternatif2 atau pendekatan2 lain yang selari dengan kehendak Al Quran dan Sunnah. Contohnya ibadah puasa inilah, xde jawatankuasa yang tengok anak bulan mereka refer pada negara jiran. Begitulah keadaannya..namun bagi coxda isu yang paling besar adalah puasa atau xnak puasa sajahhh..duduk di hemisfira yang siangnya 2 ke 3 jam shj pun tp kalau xde niat nak puasa mmg semuanya terasa berat dan sukar kan???Time tu mmg kena Tepuk dada tanya iman..