1,2,3,4.........uh..sedar tidak sedar sudah lebih kurang seminggu ak cuti tanpa bergaji nih..berkuatkuasanya 1 Mac..hmm bunyi spt besh tapi agak mati kutu sebenarnya jika tidak berbuat apa2. Mesti mencari alternatif untuk memenuhi episod cuti tanpa gaji x lebih x kurang 3 tahun, erkk..spt sungguh lama dan spt sudah tua apabila kembali bekerja, walaupun kata kakak ofis ak masih muda dlm umur 30 annnn..ohhh dah masuk 3 seriesss kak..hahah.
Sebenarnya ak n husband masih menunggu visa dari kedutaan Belanda ni, xpelah baru shj hantar dan katanya lebih kurang 3 minggu untuk settle all things, apa boleh buat hanya tunggu dan terus menunggu, bukan apa proses nk approve sgtlah lama, nk kata Malaysia negara tercinta nih penuh dgn birokrasi, negara lain lagi raja birokrasi agaknya tambahan pula nk follow up status n document pun sgt lah laju lawannya..sebelum tu pun enshek hubby berulang alik ke wisma putra utk cop, Inst Terjemahan, pejabat pendaftaran untuk surat beranak baru dan akhirnya embassy netherland,sian tegok die, ada jugak die merungut, hmm sabarlah syg..ak pun baru tahu byk proses nk kena buat dan tajukny juga sgt tidak clear arahan untuk student2 nk sambng belajar buat macam mana dari university tu. Ya Allah, semoga proses approve berjalan lancar dan cepat, ameennn..
Melihat keterujaan enshek hubby untuk cpt2 pergi ke sana untuk Phd die, membuatkan ak turut sama rasa teruja, walaupun dari sudut hati kecil agak berat dan risau nk ke sana, byk benda yg perlu difaraidkan, wah mcm byk harta bunyiny, nak2 faraid pasal kerja, part nih paling x sedap kalau menyusahkan orang lain, tapi apa pun i have to..sorry to all my officemates, suadah la x cukup org tambah beban kerja pulak..tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya..Allahuakbar..simple tapi kuat pengertiannya. Hmm ikut kata kakak cuba ikhlaskan diri dan redha dengan semua keputusan yang dibuat,InsyaAllah semua akan berjalan dengan baik. Kata dia x kan x mahu ikut, jauh dan 3-4 tahun bukan tempoh yang pendek, ikutlah bagi mengelakkan perkara2 yang tidak molekss.. InsyaAllah inilah ysng terbaik untuk diri dan enshek hubby, ameen. Hollandaaa wait for us :)
Orang kita dengar Belanda confirm orang imagine benda2 nih..
Tapi ada ramai juga yang imagine ini...hehe
Orang kita dengar Belanda confirm orang imagine benda2 nih..
Tapi ada ramai juga yang imagine ini...hehe
Hahah, just for fun..happy thursday everyone!
No comments:
Post a Comment