CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 4 February 2013

All time favourite..kek pisang


This is my all time favourite cake..yeahh kek pishang satoo!
Cakap tentang kek pisang ni memang coxda susah nak tolak walaupun time tu tengah diet, sebab kalau makan sepotong mesti akan makan berpotong2, alahai..
Dulu time raya memang sokmo beli saja, sebab kalau beli saiz yang panjang tu harga dalam RM5 cmtu, jadi mudahkan kojo beli je sebab raso muroh, heheh.
Resepi ni coxda copy dari blog Kak Jee or Fauziah Samad (ex reporter merangkap ex actress n script writer nie..) coxda perasan kak gee ni banyak berlakon drama2 tv1 zaman coxda kecik2 dulu (nmpk sgt suke tgok tv dari study haku nih, hehe)
thanks kak jee :)


BAHAN-BAHAN

4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

CARA-CARA

1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

Bahan untuk resepi kek pisang kebanyakannya adalah sangat simple dan mudah disediakan, kene rajin sajah. Just version kek kadang2 ada resepi yang banyakkan tepung dan ada yang tepung sedikit untuk lebihkan rasa pisang. 
Biasa coxda buat time pisang dah ranum supaya senang nak lenyek, manisnya pun bertambah. Biasa beli kek pisang yang x fresh tp sesekali buat kemudian makan time panas-panas memang mengancam..seperti biasa jugak coxda buat half adunan, takut x habis dan membazir, heh.

Kepada penggemar2 kek pisang apa salahnya mencuba version resepi ni puler yer, memang menggiurkan ;)