Ok, fine..sudah lama tidak update.. ;)
Cukup tempoh pertapaan untuk merindu balik belog ini,
Hari ini nk up kan entry jalan2 cari angin, ini bukan cerita update tapi backdated, hehe
Biasalah apabila pix yang di snap sudah diperam beberapa minggu dlm camera, mulalah malas nak transfer, sekadar untuk berkongsi cerita untuk readers yang ingin tahu dan x tahu pn kena tahu lah, yang malas nak ambil tahu,pora2 nak tahu yek! adoii ap yg ak merepek daa..
Utrecht merupakan antara bandar lama Netherlands yang cukup terkenal dikalangan pelancong2 luar dan orang Belanda sendiri, sebab... orang Belanda nie walaupun negeri tidak sebesar mana, ada sesetengah mereka tidak pernah langsung sampai ke tempat2 yang dianggap ulu atau pedalaman dari bandar2 besar, malas katanya..tp tidak semua berdasarkan kenyataan office mate husband lah yang cakap, disebabkan kedudukan Utrecht di tengah2 Belanda, dan laluan perjalanan train sehala dan x perlu nak transit2, maka ia menjadi destinasi tarikan utama pelancong dan penduduk tempatan untuk menjengah ke sini.
Terkenal dengan bangunan2 lama dan old church yang masih berdiri kukuk di tengah2 bandar, old canal yang sedikit berbeza dengan canal di Delft, sebab canal di sini agak ke dalam, kemudian ada pulak cafe di celah2 canal, di hujung minggu memang meriah kawasan sini dgn pengunjung2 menaiki bot menyelusuri canal dan yang lepaks2 kt cafe..muka masing2 kelihatan kembang berbangga tengok ramai orang ambil gambar dorang, haishhhh!
Perjalanan dari Delft ke Utrech menaikit train lebih kurang sejam 15 min, jauh sedikit berbanding ke Amsterdam, tapi bagi coxda Utrecht lagi best compared to Amsterdam, kami bertolak seawal pagi dan yang bestny suami dah dapat kad diskaun 40% untuk train, syok2! kad perjalanan tue bayaran euro70 yearly, haa memang berbaloi..boleh guna untuk 3 orang diskaun..
sini juga terdapat Utrecht University antara university yang terbesar di Belanda nie, tap coxda x sempat nk berziarah sbb x cukup masa, mungkin lain kali laa
ehsan pict cik google, tq cik goo! |
Satu lagi antara bangunan menarik yang biasa oranng dok tangkap gambar adalah bangunan De Inkpot, bangunan batu tertinggi di Belanda nih, hahah..apa yang menarik di Belanda adalah bangunan2 ny, selain2 terkenal dengan bangunan2 lama yang kekal terpelihara dan masih cantik, bangunan2 baru di sini mempunyai ciri2 yang menarik dan menjadi perhatian pengunjung (nie bangunan pejabat jahh..tp rmai orang dok sibuk nk bergmbor) hebat bukan?
Ada UFO tersangkut kat bangunan tue, hahah nampak tangan gergasi nak selamatkan UFO tuh, kunun2..antara identiti menarik pada bangunan2 di Belanda, hmm kat Malaysia x lulus dah nih.. ;) |
Bandar utrecht juga terkenal dengan aktiviti kebudayaan dan berkemungkinan akan dinobatkan sebagai the Cultural Capital in Europe pada tahun 2018 nanti, sepanjang laluan ke centrum banyak gallery2 yang aktif dengan persembahan dan pameran kebudayaan termasuklah Utrecht University, terdapat juga museum2 yang mempamerkan pelbagai barangan bersejarah, biasalah museum semua berbayar dan spt biasa kami memandang dari jauh, sehari saje kan, banyak tempat nk dikejar, heh. arkib pun ada kat sini, merancang untuk pergi kemudian hari..
Ok, spt biasa moh kita layan gambar yer..
pakcik nih sempat lak posing time ak nk snap gambor2 nih, pakcik2..tdi rileks jek dok mengayuh beskal |
Ini juga...sedappp sgt...